MFR STUDIO
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

MFR STUDIO

studio puitis jalanan
 
IndeksPencarianLatest imagesPendaftaranLogin

 

 PEMIMPIN POLITIK KEPARTIAN ADALAH PEMIMPIN PILIHAN RAKYAT?

Go down 
PengirimMessage
mfr

mfr


Jumlah posting : 295
Registration date : 06.05.07

PEMIMPIN POLITIK KEPARTIAN ADALAH PEMIMPIN PILIHAN RAKYAT? Empty
PostSubyek: PEMIMPIN POLITIK KEPARTIAN ADALAH PEMIMPIN PILIHAN RAKYAT?   PEMIMPIN POLITIK KEPARTIAN ADALAH PEMIMPIN PILIHAN RAKYAT? Icon_minitimeFri Mar 20, 2009 3:32 pm

Mahu atau tidak, saya letakkan doktrin ini sebagai ungkapan perasan bagus yang sangatlah bodohnya.Pertama, perlu difahamkan makna "pemimpin pilihan rakyat" itu, keduanya perlu difahamkan "rakyat" yang mana memilih itu.

Saya beri contoh mudahlah untuk difahami akan kebodohan doktrin ini.Pertama, setiap calon dari parti politik dipilih sebagai calon untuk pilihanraya bukan mengambilkira undian rakyat. Calon dipilih untuk bertanding sebelum tahu siapa yang rakyat suka. Jadi, calon yang nak bertanding itu dipilih oleh parti politik, atau dengan kata lain pilihan pimpinan parti.(calon dari bebas kesnya lebih tragis kerana sukarela nak bertanding jadi pemimpin adalah pemimpin yang melantik diri sendiri).

Malah ada pula politikus yang melobi untuk dipilih sebagai calon, ada yang mengampu pimpinan partinya kononnya dia orang kem politik tuannya itu jadi pilihlah dirinya supaya boleh bentuk kroni,ada yang kempen bahawa dirinya sesuai untuk bergelar pemimpin pilihan rakyat. Tak malu sungguh padahal yang melantik atau memilih dia bergelar pemimpin adalah partinya saja, atau yang teruk itu dirinya sendiri panggil diri sendiri pemimpin.

Katakan pemimpin parti itu rakyat Permatang Pauh, kemudian memilih seorang posmen dari Behrang sebagai calon partinya.

Nak dijadikan cerita calon pilihan ini menjadi pemimpin menewaskan calon lain yang bertanding, dan kemudian seperti biasa mengeluarkan ungkapan "sayalah pemimpin pilihan rakyat". Baik, saya berikan situasi di mana pemimpin itu akhirnya melakukan hubungan seks haram kerana berpegang pada prinsip "orang beri sedekah, tak akan nak tolak" dengan merujuk dirinya diberi sedekah seks.Baik, sekarang saya mahu sangat nak tahu, rakyat yang mana memilih posmen gila seks ini sebagai calon seterusnya menang bergelar pemimpin pilihan rakyat?

Bukan, dia bukan pemimpin pilihan rakyat. Tapi dia adalah pemimpin tajaan parti politik untuk mencuba nasib dalam pertandingan undi yang bergelar so called pilihanraya.Parti politik yang menjadikannya pemimpin, bukan rakyat.Rakyat cuma dibodohkan oleh permainan paling bangang yang bernama pilihanraya demokrasi telus tulus. Sedap nama tapi sistem bobrok. Kenapa saya katakan bangang? Pertama anda dikehendaki buat pilihan pada pilihan yang bukan anda pilih. Kedua anda dikehendaki yakin iktikad, pilihan yang menang undi terbanyak adalah pemimpin pilihan rakyat walaupun hakikatnya rakyat yang memilihnya hanya 40% dalam kes pertandingan 3 calon dengan peratus undi 40:30:30.

Baik, apa penyelesaian bagi kebodohan doktrin ini? Penyelesaiannya adalah hentikan menggunakan kalimah "pemimpin pilihan rakyat" jika bukan keseluruhan rakyat yang memilih anda untuk diangkat sebagai pemimpin. Tetapi bolehlah berterus terang dengan menggunakan kalimah "pemimpin pilihan anwar ke paklah ke TG haji hadi ke" atau "pemimpin politik kepartian","pemimpin tajaan parti","pemimpin angkat bakul", "pemimpin menang undi", "pemimpin nasib baik" dan sebagainya.

Walaubagaimanapun memang segala manusia yang diangkat menjadi pemimpin adalah dipilih oleh Allah untuk siapa-siapa yang Dia kehendaki, termasuklah Firaun yang pernah memerintah tanah Mesir dulu, adalah pemimpin yang dipilih Allah. Oh kalimah pemimpin itu patut tukar jadi penguasa atau raja, sebab dia berkuasa dan beraja mungkin tidak memimpin.
Kembali Ke Atas Go down
http://mfrstudio.blogspot.com/
 
PEMIMPIN POLITIK KEPARTIAN ADALAH PEMIMPIN PILIHAN RAKYAT?
Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1
 Similar topics
-
» NON PARTISAN ADALAH ATAS PAGAR?
» MISI PENYATUAN ADALAH TAJDID SEGAR BUGAR
» Politik Dan Islam: Aplikasinya Di Malaysia
» POLITIK MUSLIM DAN DEMOKRASI DI MALAYSIA
» KE MANA AKHIRNYA POLITIK KITA

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
MFR STUDIO :: ARKIB-
Navigasi: