MFR STUDIO
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

MFR STUDIO

studio puitis jalanan
 
IndeksPencarianLatest imagesPendaftaranLogin

 

 Rasulullah dan Khadijah Bernikah Umur Sebaya

Go down 
2 posters
PengirimMessage
Hero Senget




Jumlah posting : 36
Registration date : 06.05.07

Rasulullah dan Khadijah Bernikah Umur Sebaya Empty
PostSubyek: Rasulullah dan Khadijah Bernikah Umur Sebaya   Rasulullah dan Khadijah Bernikah Umur Sebaya Icon_minitimeSun May 06, 2007 3:05 pm

Sekadar imbas kembali kepada yang dah tahu, dan memberi ilmu baru kepada yang tidak tahu.

Sebenarnya pendapat ini bukanlah baru, tapi ia pendapat lama tetapi kajian terkini telah membuktikan bahawa pendapat ini adalah lebih berautoriti untuk dipercayai berbanding pendapat lama. Kita telah dimomokkan dengan sejarah nabi bahawa Rasulullah telah berkahwin dengan khadijah pada usia 25 tahun dan Khadijah berusia 40 tahun. Fakta ini diterima dan dijadikan alasan oleh wanita tua untuk beristeri suami muda dengan alasan Rasulullah pun berbeza dengan Khadijah lebih 15 tahun!!

Seorang ulama' dari Kelantan maulana Ustaz Asri Yusuf menjelaskan, sejarah ini adalah direka2 oleh puak Syiah untuk membuktikan bahawa Fatimah hanya satu2nya anak kepada Rasulullah manakala Ruqayyah dan Kalthum bukanlah anak kepada Rasulullah kerana adalah mustahil, menurut Syiah, Khadijah dapat melahirkan anak ketika usia 60 tahun! Sebenarnya mereka sendiri melakukan kesilapan dengan mengatakan Fatimah lahir selepas 5 tahun Rasululah menjadi Nabi, sedangkan kalau sekiranya usia khadijah 40 tahun semasa berkahwin, bererti usia 60 khadijah melahirkan Fatimah. Pelik kan?

Menurut Ustaz Asri:
Sebenarnya terdapat perbezaan pendapat tentang usia sebenar Khadijah r.a bila berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. Ada yang berkata umurnya 40 tahun . Ada yang berpendapat usianya 35 tahun. Yang lain pula mengatakan 30 tahun , dan sesetengah pula mengatakan 27 tahun, manakala ada pula yang menyatakan bahawa usianya 25 tahun. Ahli-ahli sejarah Shiah sependapat mengatakan umurnya 40 tahun, dan mereka menolak pendapat lain. Dan mereka riuh rendah menyebarkan pendapat 40 tahun ini seolah-olah pandangan lain tidak pernah wujud. Ulama kita dan ahli-ahli sejarah yang terkemudian juga terpengaruh dengan daayah ini dan menyangkakan bahawa pendapat golongan Shiah inilah yang tepat


Buktinya, sejarawan Islam seperti Ibn Kathir ada menjelaskan:
Hafiz Ibn Kathir menulis:
Ungkapan:
Baihaqi telah memetik daripada Hakim iaitu apabila Rasulullah mengahwini Khadijah r.a., baginda s.a.w. adalah berumur dua puluh lima tahun dan Saidatina Khadijah r.a. berumur tiga puluh lima tahun, dan ada pendapat lain mengatakan usianya dua puluh lima tahun. (al-Bidayah, Jilid II, m/s 295)


Dalam satu huraian lain, Ibn Kathir ada mencatatkan;
Usia Saidatina Khadijah mencapai 65 tahun. Satu pendapat mengatakan beliau meninggal pada usia 50 tahun. Dan pendapat ini (iaitu 50 tahun) adalah yang benar.


Sekiranya Khadijah meninggal dalam usia 50 tahun, maka logiklah bahawa beliau berkahwin dengan Rasulullah pada usia 25 tahun. Hal ini kerana wafatnya khadijah pada tahun ke 10 Kenabian, iaitu pada umur Rasulullah juga adalah 40 tahun.

Kajian asal sebenarnya dilakukan oleh HABIBUR RAHMAN SIDDIQUI KANDHALAWI. Kajian ini telah disokong oleh Ustaz Asri Yusuf, seorang ulama' hadith yang terkenal di Kelantan, masa kini.

So, mulai sekarang, ubahlah pendirian anda bahawa umur Rasulullah dan Khadijah adalah sebaya. Walaubagaimana pun berkahwin pada umur sebaya tidaklah menjadi Sunnah kerana ia adalah perkara kemanusiaan Rasulullah yang tidak mempunyai apa-apa nilai keagamaan.

Rujukan utama ialah kitab al-Bidayah wa al-Niyahah tulisan Ibn Kathir, ahli hadith, pentafsir dan pakar sejarah terkenal dalam sarjana Islam
Kembali Ke Atas Go down
admin
Admin



Jumlah posting : 56
Registration date : 06.05.07

Rasulullah dan Khadijah Bernikah Umur Sebaya Empty
PostSubyek: Re: Rasulullah dan Khadijah Bernikah Umur Sebaya   Rasulullah dan Khadijah Bernikah Umur Sebaya Icon_minitimeWed Dec 02, 2009 5:33 am

Kembali Ke Atas Go down
https://mfrstudio.indonesianforum.net
 
Rasulullah dan Khadijah Bernikah Umur Sebaya
Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1
 Similar topics
-
» Kenapa Rasulullah Diciptakan?
» Mari Kita Bernikah!

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
MFR STUDIO :: ILMU ISLAM :: TOKOH/KITAB-
Navigasi: