MFR STUDIO
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

MFR STUDIO

studio puitis jalanan
 
IndeksPencarianLatest imagesPendaftaranLogin

 

 SI BOTAK DAN SEEKOR KUCING

Go down 
2 posters
PengirimMessage
mfr

mfr


Jumlah posting : 295
Registration date : 06.05.07

SI BOTAK DAN SEEKOR KUCING Empty
PostSubyek: SI BOTAK DAN SEEKOR KUCING   SI BOTAK DAN SEEKOR KUCING Icon_minitimeSun May 06, 2007 9:01 pm

SI BOTAK DAN SEEKOR KUCING

Bangunan kolej POLPOT kembali riuh dan kecoh. Juman dan Otroman berlari menaiki tangga ke tingkat tiga blok pelajar perempuan berdekatan dengan laluan ke Dewan Fantarius.

"Perjuangan apa yang kau orang mahu tegakkan? Kau orang kata mahu bawa islam tapi kau orang koyak flyers kami. Ini bukan cara adil. Islam tidak mengajar kezaliman macam kau orang buat ini," teriak Mimi seorang siswi tidak bertudung melayu islam yang gubra apabila dapat menangkap tiga siswi bertudung labuh sedang mengoyak flyers mereka berkenaan dengan agenda parti Putih Telur.

"saudari mimi sebenarnya sudah keliru dengan perjuangan parti yang saudari sertai. Agenda Parti Putih Telur adalah bertentangan dengan syariat islam. Agenda parti saudari dan ideologi yang kalian cuba terapkan di universiti kita ini merupakan agenda sesat! Maka wajar sahaja flyers kalian dikoyakkan," kata siswi bertudung labuh bernama Alia Maisarah itu.

"arghh..bosan dengan hukum-hukum kau orang yang bobrok dan barua. Kau orang pertikai agenda kami, padahal kami bukan bawa ajaran songsang. kami bawa agenda kerajaan negara kita negara Fisfusfos yang merdeka ini. Ini agenda pembangunan. Ini agenda yang benar dan tepat." mimi masih tidak berpuas hati. Kadang kala tangannya menggenggam erat penumbuk.

"flyers ini sesat. agenda kalian sesat. kerajaan fisfusfos juga sesat." Alia Maisarah terus pertahan pegangan pendirian dari partinya iaitu parti Kuning Telur.

Juman dan Otroman sampai. Terlihat oleh mereka 6 siswi sedang bertengkar. 3 dari Parti Putih Telur. 3 dari Parti Kuning Telur. Juman menarik nafas lelah. Demam pilihanraya kampus sudah kian terasa. Pertentangan hangat dan pergaduhan begini memang sering berlaku saban tahun di univeristi Hahaha itu.

"bertenang semua adik manis... apa yang gaduh-gaduh ini?" tanya Juman yang lebih menghalakan lirikan matanya pada Alia Maisarah dari Parti Kuning Telur.

Alia Maisarah tidak menjawab malah dikeluarkan flyers dari partinya yang terisi di dalam begnya itu dan dilekatkan terus di papan rujukan blok itu menggantikan tempat flyers parti Putih Telur.

"Juman,awak tengok betapa bongkaknya mereka! Kita tampal flyers yang sah,padahal flyers dia orang haram.Mana ada kelulusan HEP" kata mimi menjebik-jebikkan bibirnya.

Juman menelan air liur. Comel juga si Mimi ini fikir Juman. Otroman terus menguis lengan Juman apabila melihat mata Juman sedang menjamah rakus potongan badan Mimi yang montok itu.

"Uish,Juman. Kau buat apa?" bisik Otroman.

"weh anda-anda si gadis bertudung labuh sekalian.." panggil Juman apabila melihat Alia dan rakan-rakannya mahu beredar dari situ.

"kau orang tahukah kau orang dah melanggar peraturan pilihanraya kampus," kata Juman.

Alia menoleh.

"pergi mati sama kalian punya peraturan. kau orang selama menjadi barisan MPM langsung tidak menjalankan kepimpinan menurut syarak. kau orang langsung tak mahu pertimbangkan batas-batas hukum dalam islam dalam program anjuran kalian. Percampuran bebas dan keruntuhan akhlak di kalangan mahasiswa islam di universiti ini telah bernanah dan menular. apa penting lagi peraturan itu? jika kau orang sendiri tidak menurut peraturan Allah."Alia kembali membuka langkah untuk beredar.

"Heh. Apa pula yang kau orang dah laksanakan sepanjang jadi parti pro pembangkang? Selain membangkang saja, ada kau orang membantu?" sindir Juman.

Alia kembali berpatah balik menghadap muka Juman depan berdepan. Tapi masih ada jarak yang dihadkannya.

"Kalianlah golongan zalim. Kalian mahu bantuan? kata sajalah kalian tidak tahu memimpin aspirasi mahasiswa mahwsiswi di universiti kita ini. Kalian main kotor dalam pilihanraya kampus. Kalian buat macam-macam peraturan bahlul. sekat sana sekat sini. mana demokrasi pilihanraya? mana kebebasan bersuara?"Alia mula meninggi suara. Kadang kala air matanya bergenang bertakung namun entah bagaimana air mata itu kering kembali.

"kau nak bebas macam mana? Islam sendiri meletakkan batas-batas. Kebebasan bersuara apa yang kau orang mahu? Demonstrasi? Memorandum? Bangkangan? huru hara? naik motor laki pompuan menjerit-jerit demokrasi dan takbir? kau orang yang permainkan islam. kau orang yang zalim," kata Juman bermuka menjelik. Lagaknya ada sedikit berbeza dari imej sebentar tadi. Sudah mula terlihat ketokohannya.

"OOO.. kau persoalkan isu-isu itu. ya.. demonstrasi kami mahu. Kami mahu suara dan pandangan kami didengar. Itu kebebasan yang kami mahu. Tapi kalian sekat. kalian apa kurangnya ,malah lagi teruk. Pemimpin kalian pun ber couple. berdua-dua bermadu asmara di bukit cinta di sana. cari semak samun jadi port. Peluk sana peluk sini. Gesel sana gesel sini sampai tak ada nilai maruah dan agama. Ini yang kau mahu banggakan!" kata Alia sudah menengking. Sambil telapak tangannya menghala ke arah Mimi.

Mimi terasa api membahang dalam dirinya. terasa Alia mahu perkecilkan iman dan islam nya kerana berimejkan ranggi. Dia fikir Alia tiada hak untuk tentukan iman dan islamnya. Dia marah. Marah pada semua perempuan bertudung labuh. Dia benci.

"kau hina mimi... kau fikir kau itu mulia sangat! ayu sangat dengan tudung labuh kau!
kau pun bukannya mulia sangaaaatttt!!" jerit Juman pula. Ada riak syaitan pula di wajahnya kali ini.

Pertengkaran itu akhirnya menarik perhatian seluruh warga POLPOT.

Mereka mula mengerumuni lokasi pertengkaran di tingkat tiga itu. Ahli kedua-dua parti telah pun berhimpun dan bermulalah balas membalas hujah. Ada yang bangkit mengungkit kes-kes keruntuhan akhlak,ada yang mengaitkan isu-isu politik luar. Yang penting kedua-dua pihak sudah bermula hina menghina antara satu sama lain. Bermacam-macam perkataan yang buruk-buruk keluar lagi kedua-dua belah pihak,bercampur aduk dengan nas-nas quran dan hadis dan bertempiaranlah maruah,moral,akhlak,disiplin,keintelektualan dan bermacam lagi yang patut ada pada diri seorang mahasiswa.

Ahli-ahli parti Putih telur ada yang beraksi bagai tabiat mat rempit,samseng,mafia,gangster dan tidak kurang juga ahli parti Kuning Telur yang walaupun ada yang berkopiah dan bertudung labuh juga beraksi bagai pakcik tua yang mengamuk hilang bini, kadang kala serupa saja kedua-dua belah pihak.

Pergaduhan itu meleret dan berpanjangan hingga berlaku insiden tumbuk menumbuk,dan ada aksi kejar mengejar dengan motor,kereta,lori,basikal, dan ada juga aksi marathon jalanan.

suasana kolej Polpot sudah serupa perang dunia. Campur tangan pengawal keselamatan dan beberapa pihak tua universiti juga tidak dapat meredakan keadaan itu.

Tatkala itulah Raja Syaitan bernama Krongnom dimaklumkan oleh bala tentera syaitan yang menghasut pergaduhan itu bahawa Raja Krongnom mesti turun padang. Raja Krongnom pun turun padang dan menghembuskan aura kesyaitanan yang masuk dengan senang ke dalam diri setiap individu di kolej itu. Namun aura itu tidak dapat tembus sebuah bilik di blok siswa.

Bilik nombor 13.

Raja Krongnom bertitah,"siapakah gerangan yang ada di dalam bilik itu sehingga tidak pula aura beta tembus malah pandangan beta tidak celus melihatnya?"

Bendahara Bon Jovi pun menjawab," adapun di dalam bilik itu tinggallah seorang botak bersama seekor kucing kurap yang kelaparan.Dia menjumpai kucing kurap itu di jalanan dan hampir mati saja lagaknya. Si Botak telah mengutip kucing itu lalu dibersihkannya bulu kucing itu dan dirawatnya kurap-kurap yang ada pada si kucing. Malah diberikannya pula makanan yang sedap-sedap kepada si kucing berupa nasi lemak Mak Bedah, ayam percik Haji Gonggon, nasi dagang,nasi goreng,nasi ayam,nasi tomato, kuah pasta la Dealova,laksa penang..."

"cukup-cukup!! " jerit Raja Krongnom.

"arahkan bala tentera syaitan kita untuk menyerbu masuk ke bilik nombor 13 itu!" arah Raja Krongnom.

Maka berbondong-bondonglah bala tentera syaitan menyerbu bilik nombor 13 itu. '13' itu nombor hantu,tapi entah kenapa apabila syaitan-syaitan itu berubah bentuk menjadi hantu jembalang pun masih tidak boleh tembus bilik itu.

Hatta seekor syaitan berubah bentuk menjadi Pontianak lawa berwajah maya karin pun masih belum berjaya tembus. Sehinggalah seekor syaitan berubah menjadi Apek senario barulah pintu 13 itu terkuak. Maka keluarlah si Botak.

Si Botak tersenyum.
Kembali Ke Atas Go down
http://mfrstudio.blogspot.com/
mfr

mfr


Jumlah posting : 295
Registration date : 06.05.07

SI BOTAK DAN SEEKOR KUCING Empty
PostSubyek: Re: SI BOTAK DAN SEEKOR KUCING   SI BOTAK DAN SEEKOR KUCING Icon_minitimeSun May 06, 2007 9:01 pm

Syaitan-syaitan semua berasa hairan dan aneh.

Lalu bertanyalah syaitan yang telah berubah menjadi Apek senario tadi, "mengapakah tuan hamba tersenyum? tidakkah tuan hamba sedar kami ini bala tentera syaitan yang mahu tembus bilik ini supaya dapat menghasut hati tuan hamba menjadi kerasukan seperti mahasiswa dan mahasiswi yang lain yang sedang bergaduh sekarang."

"oohh..ada gaduh-gaduh ke? Idok ler teman tau. Teman nak ke toilet sebentar. sekejap yer. Ghaser nak berok pulak lepaih makan sate kajang Haji samuri tadi bersama si kucing kurap. Hehe," kata si Botak selamba badak.

setelah 15 minit menunggu di luar toilet,barulah syaitan-syaitan tadi dapat melihat kemunculan si botak semula.

"wooosshhh... lega... alhamdulillah. hehe," sengih si Botak.

Maka syaitan yang berupa apek senario pun berkata," bolehkah kita memulakan pertarungan?"

"oohh..boleh sangat..hehe.. haa meh ler.. meh.." kata si Botak yang sudah membuka kuda-kuda.

Maka seekor demi seekor syaitan itu menyerang. Tetapi habis semua dipelangkung oleh si botak dengan mudah. aksinya tidak ubah seperti Tony Jaa dalam filem Ong Bak saja. Ada yang terpulas kepala,ada yang di ketuk dengan siku,ada yang senak terkena lutut,dan bermacam lagilah hukuman-hukuman penangan yang diberikan oleh si Botak kepada bala tentera syaitan itu.

Maka bertempiaranlah lari semua syaitan apabila si Botak menghembuskan bacaan-bacaan dari kalam Allah di dalam al quran yang berupa ancaman-ancaman dari Allah buat syaitan yang dilaknat.Serupa Kame Hame Ha,meletup bercahaya dari bacaan-bacaan si Botak hingga Raja Krongnom juga lari terkedek-kedek balik bersembunyi di singgahsananya di lubang tandas awam yang kotor lagi jijik.

Adapun melihatkan syaitan-syaitan semua sudah lenyap,tidaklah pula pergaduhan di kolej Polpot itu reda. begitulah manusia, syaitan dah berhenti merasuk tetapi manusia masih terasuk. kadang kala berlagak lebih syaitan dari syaitan.

Si Botak memeluk kucing kurapnya lalu pergilah menuju ke tingkat tiga lokasi asal pergaduhan itu.

Alia dan Juman masih tidak berhenti bertengkar. Ahli-ahli kedua-dua parti juga tidak berhenti lagi bertengkar. Pot pet pot pet bising huru hara haru biru merimaskan.

Lalu si Botak datang berdekatan mereka berdua.

"bertenang." kata si Botak.

mereka masih tidak berhenti.

"bersabar." kata si Botak.

mereka masih tidak berhenti.

" siapa bercakap dia berak tak basuh." kata si Botak.

Akhirnya semua senyap.

Berpandang sesama sendiri. Masing-masing kelihatan terpinga-pinga. Sememangnya mereka tidak pernah melihat si Botak itu. Apatah lagi si kucing kurap yang dipeluk oleh si Botak.

"Baiklah,begini sajalah. Semua yang islam pergi ambil wuduk dan berkumpul di masjid universiti dalam kiraan 10 minit. Bagi sesiapa yang tak mengaku islam boleh balik tidur. Masalah ini akan selesai dalam kiraan satu khutbah sahaja." kata si Botak.

Semua masih tidak bergerak.

"Siapa tak bertindak dia berak tak basuh."kata si Botak.

lalu bertempiaran semua ahli kedua-dua parti mengambil wuduk dan bergegas ke masjid universiti.

Tetapi tidak semua. Yang main kejar mengejar,yang bertumbuk tumbuk masih meneruskan aksi-aksi luar biasa mereka kerana tidak sampai pada mereka arahan si Botak itu. Cuma yang ada di tingkat tiga itu saja yang duduk dalam masjid universiti.

Setelah masing-masing menunaikan solat sunat 2 rakaat. Maka berapat-rapatlah mereka duduk dengan diasingkan siswa dan siswi dengan sebuah tirai.

maka berdirilah si Botak untuk memulakan khutbahnya.

Setelah memulakan dengan nama Allah dan berselawat maka berkatalah si Botak,

"Mula-mula mari kita renung diri kita semula. Kita semua masuk universiti untuk apa? Apa beza universiti dengan sekolah menengah? apa beza universiti dengan sekolah rendah? Apa beza mahasiswa universiti dengan orang yang tak masuk universiti? Adakah kalian berfikir bahawa orang berilmu itu sama dengan orang tidak berilmu?"

masing-masing mula kembang kempis hidung.

"bersikaplah seperti orang yang berilmu selayaknya."

masing-masing tunduk.

"samakah kita dengan pakcik-pakcik yang bergaduh parang di kampung? tidak sama bukan. Mahukah kita sama dengan pakcik-pakcik,ayah-ayah kita yang tua yang suka habiskan masa cakap itu cakap ini tapi masalah tidak juga selesai? mahukah kita jadi begitu? tidak mahu bukan? siapakah kita semua ini? kita semua ialah pemuda pemudi harapan bangsa dan umat islam yang kini menagih kemenangan dan kegemilangan umat islam kembali supaya maruah agama dan maruah umat kita tidak tercela dan senang diperkotak katikkan."

"kita ialah bangsa kebangkitan yang langkah kita bijak. kita ialah bangsa generasi baru yang tindakan kita hikmah. kita ialah kaum dan golongan baru yang lahir ke dunia ini untuk bawa kembali kesejahteraan. kita ialah the little caliph..chewahh cakap omputeh laks..huhu... kita ialah khalifah... khalifah Allah di muka bumi."

"kita ialah bersaudara. mengapa tidak sebarkan salam antara kita. meh meh bagi salam dan bersalam sesama sendiri balik.." arah si Botak.

maka semua pun bersalam-salam. Yang siswi ada yang berlaga laga pipi. Mimi yang lengkap bertelekung juga bersalam dengan Alia.

"kita kena faham apa itu perjuangan. Tidak salah ada perbezaan. Tidak kisah kalau mahu berpilihan raya. Tapi adalah salah jika kita mengapi-apikan permusuhan. Adalah salah jika yang kita hadirkan ialah huru hara. Hingga menjemput bala tentera syaitan hadir dalam perjuangan kita. Apa kejadah?"

"Ad Din itu nasihat. Mengapa kita malu untuk memberi nasihat. Mengapa kita malu untuk berdakwah dengan akhlak dan kasih sayang. mengapa kita malu untuk merapatkan silaturrahim. Mengapa kita malu untuk melebarluaskan lagi persaudaraan islam. mengapa kita tidak mahu bertaaruf sesama kita. mengapa tidak mahu menghubungkan nilai taaruf dengan bangsa dan kaum lain walaupun berlainan agama. mengapa kita malu untuk berjuang menjadi orang baik. Dan berbuat baik dengan sesiapa saja hatta musuh kita. Jika musuh kita sakit,pergilah ziarah. Kta bukan mahu pergaduhan. kita bukan mahu peperangan. Kita bukan mahu persengketaan. Kita mahu perdamaian. Bukankah islam itu bererti aman sejahtera. Peace man. Peace!"

"mengapa kita malu untuk menerima nasihat. mengapa kita malu untuk mendengar kritikan. Mengapa kita malu untuk bermuhasabah diri kita. mengapa kita tidak mahu melihat diri kita yang kadang kala buruk itu kita terlepas pandang,maka kita perlukan orang lain menegur akan buruk kita. oleh itu bermuhasabahlah."

"jika benar kita tidak jalankan kepimpinan yang baik,maka kita bermuhasabahlah dan perbaikilah kelemahan kita itu. Mengapa kita sering menutup pintu muhasabah tetapi kita cuma buka pintu tidak puas hati dengan pihak lain. tidak puas hati dengan pihak yang mengkritik kita dan tidak puas hati dengan kelemahan kita yang dilihat orang. Padahal patut kita bersyukur ada orang peringatkan kita. maka perbaikilah diri dan organisasi kita."

" manakah yang lebih kita suka? menjadi orang yang jilat menjilat perempuan atau menjadi orang yang baik melindungi perempuan?manakah kita lebih suka..menjadi seorang yang berzina,berduaduaan,menonton porno,jadi bodoh,jadi bebal, atau menjadi anak soleh yang membaiki diri dan menuntut ilmu bersungguh-sungguh untuk membalas jasa ibu dan ayah?"

"jika kita nampak kelemahan orang,kita bukan kritik mengkritik saja, tapi bukankah lebih baik jika kita ada ilmu maka dikongsi ilmu kita,bagi cadangan, bagi panduan,"

"manakah lebih baik antara bertengkar dan menuding jari siapa yang salah dan tidak buat kerja dalam menangani satu satu isu atau bekerjasama,duduk semeja berfikir bersama,dan berganding bahu menyelesaikan masalah"

"bukankah masing-masing dari kita mahu masalah yang ada selesai?"

"bukankah kita bersaudara"

"bukankah kita berpegang kepada panduan dan petunjuk yang sama."

"adakah salah jika kita bermusyawarah dengan baik dengan hati yang ikhlas mahu menyelesaikan masalah. Tidak kisahlah siapapun pemimpin yang memimpin kita sekarang,walaupun dia cuma hamba, adakah musyawarah dan kerjasama adalah jalan yang memalukan perjuangan islam?"

dan seterusnya bla bla bla khutbah yang disampaikan oleh si Botak.Maka insaflah semua siswa dan siswi itu.

Kemudian mereka keluar dari masjid dan menuju kepada setiap individu yang bergaduh. Apa yang mereka lakukan ialah sebarkan salam,berikan senyuman dan bacakan petunjuk dari kalam-kalam Allah. Lalu mereka huraikan kalam-kalam itu dan mengajak bermuhasabah diri dan merenung diri.

Maka teresak-esaklah menangis setiap dari mereka. Lalu siswa berpeluk sesama siswa dan siswi berpeluk bersama siswi. Hari itu bergenanglah lautan air mata keinsafan maka terpancarlah cahaya rahmat dan berkat Allah ke seluruh kolej Polpot.

Tahun itu pilihan raya Universiti Hahaha sangat berlainan dari sejarah pilihanraya kampus. setiap kempen tidak ada mencela maki malah dipuji-puji pula ahli parti lain malah diajak untuk bersangka baik. Kandang kala kempen itu dijalankan serentak diatas satu pentas,malah calonnya menyuruh mengundi calon yang lain malah ada malu-malu pula. Semuanya ceria dan gembira. Dan pilihanraya kampus itu tidak langsung menjadi satu perkara besar. Perkara besar ialah perpaduan dan silaturrahim. Perkara besar ialah dakwah islamiyah. Perkara besar ialah ukhuwah. Perkara besar ialah meningkatkan iman dan bukan meningkat kan pergaduhan.

Maka segala-galanya aman damai dan lahirlah pemimpin-pemimpin baru yang ikhlas berjuang dari universiti Hahaha itu atas tarbiyyah yang mereka terima termasuklah dari aktiviti pilihanraya kampus.

namun menjadi misteri hingga sekarang ialah si Botak dan kucing nya tidak lagi kelihatan setelah hari khutbah itu berlangsung. Di manakah dia? tiada siapa tahu. Yang pasti tandas awam yang menjadi singgah sana raja Krongnom pun telah bersih dan ramai yang mengepam selepas berak. Raja Krongnom terus merempat mencari singgah sana barunya.

Tamat.
Kembali Ke Atas Go down
http://mfrstudio.blogspot.com/
admin
Admin



Jumlah posting : 56
Registration date : 06.05.07

SI BOTAK DAN SEEKOR KUCING Empty
PostSubyek: Re: SI BOTAK DAN SEEKOR KUCING   SI BOTAK DAN SEEKOR KUCING Icon_minitimeThu Dec 03, 2009 1:34 am

Kembali Ke Atas Go down
https://mfrstudio.indonesianforum.net
Sponsored content





SI BOTAK DAN SEEKOR KUCING Empty
PostSubyek: Re: SI BOTAK DAN SEEKOR KUCING   SI BOTAK DAN SEEKOR KUCING Icon_minitime

Kembali Ke Atas Go down
 
SI BOTAK DAN SEEKOR KUCING
Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
MFR STUDIO :: SENI :: CERPEN-
Navigasi: