MFR STUDIO
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

MFR STUDIO

studio puitis jalanan
 
IndeksPencarianLatest imagesPendaftaranLogin

 

 PERANG SERIGALA TERAKHIR

Go down 
2 posters
PengirimMessage
mfr

mfr


Jumlah posting : 295
Registration date : 06.05.07

PERANG SERIGALA TERAKHIR Empty
PostSubyek: PERANG SERIGALA TERAKHIR   PERANG SERIGALA TERAKHIR Icon_minitimeTue May 08, 2007 2:22 am

Basra merenung tajam ke arah pondok pemburu-pemburu haram yang hampir separuh dinding pondok itu ditenggelami salji.Basra juga melabuhkan badannya atas ranting-ranting kayu yang terkumpul atas salji itu dan mulalah fikirannya menerawang terkenangkan peristiwa beberapa jam yang lalu.

----------------------------------------------

Bunyi tembakan senapang patah bertalu-talu dari pihak pemburu haram seramai lima orang itu membuatkan komuniti serigala menjadi kucar kacir.Tatkala itu bergema seruan untuk menyerang dari Ganggra,serigala berbulu merah ke atas kumpulan pemburu haram tersebut.

Namun nasib Ganggra dan pengikutnya begitu malang.Pemburu melemparkan bom tangan ke atas timbunan salji di hadapan mereka lalu ketulan-ketulan salji itu pecah dan menghujani serangan Ganggra dan pengikutnya,membuatkan mereka hilang arah.Ketika itulah John Wrewick salah seorang dari pemburu itu menembak mereka seekor demi seekor dari dalam sebuah trak yang besar.

Jason pula mengutip bangkai-bangkai pengikut Ganggra yang mati itu masuk ke dalam jaring dan kemudian ditarik oleh trak John.Ganggra yang cedera di kaki segera berkubu di sebalik celahan pokok kayu yang tumbang sekitar pergunungan salji itu.

Ramdesh seorang pemburu berketurunan india yang lahir di kawasan pergunungan itu sibuk melepaskan beberapa kali das tembakan di luar sebuah gua.Ramdesh tahu ada sekawan serigala berbulu kelabu menyorok ke dalam gua itu ketika mereka berlima menyerang komuniti serigala yang mempunyai pelbagai jenis bulu yang punya harga tinggi di pasaran gelap.

John memanggil Ramdesh naik ke trak.Jason sibuk menendang-nendang pengikut Ganggra yang masih nyawa-nyawa ikan di dalam jaring,kemudiannya mengetuk kepala serigala berbulu merah itu dengan belakang senapangnya lalu terjelir keluar lidah serigala itu,mati.

Ben dan Ken melambai-lambai ke arah John yang memandu trak,menarik perhatiannya kerana berjaya menjerat beberapa ekor serigala berbulu putih ke dalam lubang.Ramdesh menaiki trak diikuti oleh Jason.Lalu trak yang dipandu oleh John menuju ke tempat Ben dan Ken.

John keluar dari trak sambil menjinjing sebuah kotak racun serbuk untuk ditaburkan ke dalam lubang itu.Ramdesh membahagikan penutup hidung kepada John,Jason,Ben dan Ken.Racun ditabur dan serigala-serigala berbulu putih menyalak-nyalak dari dalam lubang. Kesemua serigala itu mati dalam proses kekejaman pemburu-pemburu haram itu.

"Dahulu kita tak bunuh mereka,kita tarik sahaja bulu mereka hidup-hidup.Tapi kasihan pula mereka tiada bulu di musim sejuk begini,ha ha ha.." kata John terjun ke dalam lubang itu untuk mengutip bangkai serigala berbulu putih.Gelak tawa John itu disambut oleh Ben dan Ken.

Ramdesh mendiamkan diri. Sebenarnya ada rasa kesal di hatinya kerana menyertai kumpulan pemburu haram itu. Namun,atas sebab ingin mencari 500 ribu dolar untuk membayar hutang keluarganya,dia terpaksa menyertai jua.

Jason menepuk belakang Ramdesh,"Jangan bimbang. Tuhan ciptakan serigala berbulu lebat ini untuk rezeki kita. Inilah usaha kita untuk meneruskan hidup dalam dunia serba materialistik ini." Ramdesh gelihati dengan kata-kata Jason itu. Terhibur juga hatinya. Namun, untuk apa diceritakan berkenaan Tuhan andai dia seorang atheis.Dia tidak percaya pada Tuhan.

Trak John,Jason,Ramdesh,Ben dan Ken bergerak ke pondok mereka untuk mereka melepaskan lelah selepas tamat operasi membunuh berpuluh ekor serigala dari bulu merah,kelabu,dan putih.

Trak itu bergerak sambil diperhatikan oleh Basra,satu-satunya serigala berbulu hitam. Dia serigala muda. Air matanya bergelinang melihat bangkai-bangkai saudaranya dari pelbagai puak serigala telah rakus dibunuh dan diseret dengan hina oleh pemburu-pemburu haram yang celaka itu.

Basra menuruni bukit tempat dia berlindung,dan menemui Ganggra yang sedang nazak menunggu kematian.Darah melimpah dari kaki Ganggra.Lukanya besar. Pucat sudah wajah Ganggra,dan jelas dirinya sudah tidak lama lagi untuk menemui ajal.

"Tuan Ganggra,jangan tuan mengalah. Saya akan mencari bantuan dari Pak Gala dan orang-orangnya," Basra cuba beri kekuatan.

"Basra,tak perlu. Bukankah kau tahu Pak Gala itu serigala munafik. Dia nasionalis. Pemakan rasuah.Sedang aku ini pejuang kebenaran..."kata Ganggra tercungap-cungap mencari nafas.

"tapi Pak Gala juga membuka peluang kepada pejuang kebenaran dan para daie untuk berjuang di kawasan pergunungan ini,mengapa mesti membenci hingga akhir hayat,sedang peluang bersatu dan bekerjasama terbuka. Saya percaya Pak Gala akan hulurkan bantuan pada tuan Ganggra,"Basra terus berlari sesudah mengucapkan kata-katanya.

"Basra..kau memang degil. Tak ubah seperti ayahmu dulu.." Ganggra tersenyum.Namun pandangannya makin kabur.Makin samar.Darah perjuangannya mengalir deras,hingga salji putih itu menjadi merah adanya.

"Untuk apa kau ke mari Basra? Jika kau ingin berjumpa Pak Gala,baik kau tunggu saja esok,Pak Gala sedang berubat," kata menantu Pak Gala,Kekhriz menyombong. Dua tiga ekor serigala kelabu di belakang Kekhriz mengangguk tanda setuju.

"Tuan Ganggra sedang nazak di hujung bukit sana.Kakinya ditembak pemburu!" jerit Basra dari bawah gua.

Kekhriz dan temannya ketawa besar."Bodoh kau Basra!Bukankah Ganggra itu dari parti pembangkang! Untuk apa kami menolongnya.Pedulikan dia nazak atau tidak.Memang padan mukanya kerana sering saja membangkang usaha kita selaku puak kerajaan di pergunungan ini. Hidup Serigala kelabu!" Laungan Kekhriz disambut oleh teman-temannya.

"aku tidak mahu bercakap dengan kamu,Kekhriz. Berikan aku berjumpa dengan pembesar dan teman-teman Pak Gala! Atau berikan aku masuk ke dalam gua untuk bertemu dengan semua puak serigala kelabu!" jerit Basra garang. Jiwanya cemas kerana masa semakin suntuk. Ganggra tentu akan mati jika dia terlambat.

Kekhriz senyum sinis sambil menjilat kuku kakinya yang tajam."Jika kau berani,rempuhlah masuk benteng kami"

Basra tidak mahu menangguh lagi. Ganggra tentu akan mati jika bantuan tidak diberikan segera. Dia tidak mahu melihat walau seekor pejuang di kalangan puak-puak serigala manapun terkorban di tangan pemburu celaka.

Basra melompat garang merempuh benteng gua dan terjah ke pintu masuk gua itu.Kekhriz tidak mensia-siakan peluang lalu menyerang Basra diikuti oleh teman-temannya yang lain. Namun tiba-tiba langkahnya terhenti apabila suara Pak Gala muncul dari arah belakang.

"Tunggu Kekhriz!" jerit Pak Gala.Kekhriz menarik semula kakinya yang sudah diterkam ke arah muka Basra.Basra bingkas bangun.

"cepat hulurkan bantuan! Tuan Ganggra sedang tenat di hujung bukit. Kakinya ditembak pemburu!" jerit Basra.

Beratus-ratus ekor serigala kelabu mula berbisik-bisik sesama sendiri dari belakang Pak Gala. Pak Gala menunduk.

"kita tak dapat berikan bantuan,Basra. Lagipun pemburu itu mungkin akan kembali ke sini.Dan tindakan kita itu mungkin akan membahayakan nasib puak serigala kelabu,"kata Pak Gala,serigala berbulu kelabu yang paling tua merangkap presiden puak serigala kelabu.

"mengapa begini...mengapa.." air mata Basra mula mengalir."mengapa kita lebih mementingkan perpecahan dan nasib puak kita semata-mata. Komuniti serigala patutnya bersatu. Pemburu haram itu membunuh serigala tanpa mengira puak. Mengapa kita tidak bekerjasama? serigala kelabu terkenal dengan kaedah perubatan kalian.Serigala merah terkenal dengan sifat berani. Serigala putih pandai menangkap kambing dan mencari kawasan perburuan. Serigala Kuning terkenal dengan teknik menangkap ikan di sungai.Bukankah komuniti serigala jika bersatu dapat berkongsi kepakaran demi keharmonian komuniti kita? Mengapa kita mahu teruskan perpecahan ini? Adakah ada kebaikan dan untung yang kita raih? Bukankah zaman-berzaman kita sentiasa diserang pemburu? Saban tahun ada saja serigala yang terbunuh..mengapa kita masih mahu teruskan perpecahan ini?" air mata Basra mengalir deras. Dia tunduk dan berlalu pergi.

Kekhriz gelak besar."Bodoh Basra! Kau tiada puak! Kau satu-satunya serigala hitam di atas muka bumi ini! Sebab itu idea kau sering saja busuk dan hodoh! Bodoh punya keturunan serigala!"ketawa Kekhriz disambut oleh beberapa serigala kelabu. Pak Gala hanya berdiam. Dia tidak menafikan ada benarnya kata-kata Basra.

Seekor serigala kelabu kurus bernama,Snel berlari keluar dari himpunan serigala kelabu.Menuju kepada Basra.

"Tunggu Basra! Aku tawarkan diri aku untuk menolong! Walaupun aku cuma serigala kelabu muda yang baru belajar perubatan,namun aku setuju dengan pandanganmu.Aku ingin melihat komuniti serigala bersatu!"kata Snel kepada Basra.

Basra terharu.

"ayuh,pantas kita ke tempat Tuan Ganggra,wahai Snel saudaraku."

"ayuh!" jawab Snel.

Kekhriz terpinga melihat mereka."Ohh..ada pengkhianat rupanya dalam puak kita."kata Kekhriz.

Kemudian berpuluh lagi serigala kelabu keluar dari himpunan itu.

"mari kita bersama-sama Basra!" jerit seekor serigala kelabu betina.

Pak Gala terkejut. Masakan boleh terjadi begini. Lalu dia teringatkan ayah kepada Basra.

"tak mungkin... sikapnya sama seperti ayahnya dulu." kata Pak Gala dalam hati.

Setibanya Basra,Snel dan berpuluh lagi serigala kelabu yang lain ke tempat Ganggra beratus ekor serigala merah sudah ada di situ.
Kembali Ke Atas Go down
http://mfrstudio.blogspot.com/
mfr

mfr


Jumlah posting : 295
Registration date : 06.05.07

PERANG SERIGALA TERAKHIR Empty
PostSubyek: Re: PERANG SERIGALA TERAKHIR   PERANG SERIGALA TERAKHIR Icon_minitimeTue May 08, 2007 2:22 am

"Tuan Ganggra sudah mati. Serigala kelabulah puncanya!" jerit seekor serigala merah bernama Rebon.Serigala yang lain turut menyinga ke arah semua serigala kelabu yang bersama Basra.

"Jangan kalian cepat menuduh dan mencari silap.Kita lemah kerana tidak bersatu dalam perang ini," kata Basra menenangkan jiwa serigala merah yang sedang panas membakar.

"Basra! Kau apa tahu! kau cuma serigala hitam yang berpuaka! kau pun ingin menjadi munafik seperti serigala kelabu itu semua! Cis!" jerit Rebon.

"Tapi mereka semua ini sanggup meninggalkan puak mereka untuk membantu Tuan Ganggra," kata Basra mempertahankan.

"Mengapa kau menjadi bodoh seperti ini,Basra! Serigala kelabu tidak relevan di pergunungan ini. Mereka semua materialistik.Sekular! Mereka makan rasuah untuk berkuasa di pergunungan ini. Mereka merasuah serigala berbulu putih dan kuning.Sekarang lebih baik kau semua nyah dari sini sebelum aku dan para temanku membaham kalian hingga jadi daging hancur!"kata Rebon marah.

"mengapa tidak ada yang mahu memecahkan kebuntuan perpecahan kita ini! Sewajarnya kita bersatu dalam menghadapi musuh kita,iaitu pemburu haram itu! Kita patut bersatu dalam perang ini demi meraih kemenangan dan menuntut bela atas kematian Tuan Ganggra. Musuh kita ialah manusia bergelar pemburu itu,bukannya sesama kita kaum serigala." kata Basra penuh semangat.

"Aku sokong Basra!" jerit seekor serigala berbulu merah yang bertompok-tompok bernama Benji.

"Perang sebenar patutnya ke atas pemburu bukan sesama kita. Serigala kelabu juga terbunuh. Serigala merah,putih dan kuning juga ada yang terkorban. Kita patut bersatu. Bukan berpecah!" jerit Benji.

Benji mula bergerak ke arah kumpulan Basra.

"Ayuh Basra,kita bersama-sama memburu pemburu-pemburu haram itu."kata Benji kepada Basra.

Rebon tergamam."Mengapa kalian lupa pada pesanan arwah Tuan Ganggra? Tuan Ganggra sering mengingatkan agar jangan berkawan dengan serigala kelabu,tidakkah kalian ingat?" kata Rebon memandang Benji ,seterusnya kepada ratusan serigala merah di situ.

"dan Tuan Ganggra juga sering mengingatkan kita agar perkemaskan barisan serangan. Bersatu sesama serigala untuk berperang adalah usaha memperkemaskan serangan," kata Benji.

"Setuju!" jerit berpuluh serigala berbulu merah yang lain.Berpuluh serigala merah yang bersetuju dengan Benji terus bergabung dalam kumpulan Basra.

"Kita patut bertemu dengan serigala putih dan kuning juga!"kata Basra.

"ya,ini perang kita bersama!" jerit Snel dan Benji serentak.

Lalu kumpulan Basra bergerak menuju ke kubu serigala putih pula.Rebon dan serigala berbulu merah yang lain laknat melaknat pengikut mereka yang bersekutu dengan Basra.

"kami tiada masalah untuk berperang," kata Tok Chak sebagai orang tua puak serigala berbulu putih.

"selama ini pun kami dari puak serigala putih menghindarkan diri dari perselisihan puak kelabu dan merah," tambah Wan Chak selaku isteri kepada Tok Chak.

"alhamdulillah,oleh itu kita bolehlah kita bergerak ke tempat serigala kuning pula untuk bergabung dengan mereka demi peperangan ini."kata Basra.

"bagus sekali cadanganmu itu,Basra. Kau memang mewarisi kepahlawanan ayahmu." kata Tok Chak lalu mengerah kesemua serigala putih yang gagah seramai berpuluh puluh ekor untuk bersama-sama dalam kumpulan Basra.

"susah sikit Basra,"kata Fendix selaku ketua pemuda serigala kuning apabila gerombolan Basra dan serigala yang lain tiba di kawasan serigala berbulu kuning.

"mengapa?" tanya Basra. serigala kelabu,merah dan putih yang mengikut Basra juga tertanya-tanya.

"kami hanya berburu ikan selama ini. Kami tidak cekap bertarung dengan haiwan yang lebih besar atau manusia." kata Fendix dengan hampa.

"Jangan kau kata begitu,wahai saudaraku Fendix.Kita semuanya perlu berani. Tidakkah kalian ingat ketika tentera badar yang dipimpin oleh Rasulullah dulu bilangannya sedikit tetapi mampu mengalah tentera quraisy yang lebih ramai. asasnya cuma penyatuan dan perpaduan. pertolongan Allah akan tiba.Jika tidak bersatu maka jadilah kita seperti perang uhud atau hunain.Bilangan saja ramai tapi kita menemui kekalahan." kata Basra.

Fendix tersenyum mendengar kata-kata Basra."kau memang mewarisi keberanian dan hikmah ayahmu,Basra." kata Fendix di dalam hati.

"Ayuh kita bergerak ke pondok pemburu itu!"jerit Fendix lalu disokong oleh semua serigala kuning.

--------------------------------------------------------

Basra bingkas bangun dan tersedar dari lamunannya,apabila salah seorang pemburu haram itu keluar dari pondok mereka.

"mereka sudah berjaga,"bisik Basra ke arah Snel yang berada di belakangnya.

sememangnya Basra mewarisi semangat berperang dengan akhlak dari keturunannya serigala hitam.Namun serigala hitam telah terhapus apabila wilayah mereka ditimpa salji tebal lalu mati beratus-ratus serigala hitam di pergunungan itu.

Cuma dia dan ayahnya sahaja yang tinggal. Kemudiannya ayahnya telah dibunuh oleh konspirasi jahat serigala-serigala dari 4 puak.Sebenarnya ayahnya adalah mangsa keadaan. Ayahnya cuba menenangkan perbalahan tetapi ayahnya pula telah dianggap musuh.

Maka Basra hidup seorang diri. Merenung alam demi memahami. Dia mengorbankan zaman kanak-kanaknya demi menjadikan dirinya senjata buat komuniti serigala,agar dia boleh menabur jasa. Dia tahu tiada puak yang menerima dirinya.

Namun,kini dia bersama-sama beberapa serigala muda dari 4 puak itu,bersatu hati.Fokus kepada musuh sebenar serigala abad ini,iaitu manusia pemburu.

Dalam perang ini,mereka tidak akan menyerang ketika pemburu berlima itu sedang nyenyak tidur,tetapi menunggu ketika mereka sudah berjaga. Peperangan ini perlu adil.

Basra menyalak panjang dari persembunyiannya. Bunyinya tak ubah seperti semboyan perang. Lalu 4 kelompok serigala yang dipimpin masing-masing oleh Snel,Benji,Tok Chak dan Fendix mula memperlihatkan kekuatan dari setiap arah kira-kira 100 meter dari pondok pemburu.

Jason yang keluar dari pondok untuk mengambil angin, terkejut beruk.Apa tidaknya hampir berpuluh-puluh serigala pelbagai warna bulu sedang mengepung pondok itu.

Jason berlari masuk ke dalam pondok semula. Mengejutkan 4 rakan yang lain. Lalu menelefon bos nya untuk berikan bantuan. John tersengih gembira melihat berpuluh ekor serigala sedang bergerak perlahan mendekati pondok mereka.

"Jangan cemas Jason.Ini rezeki. Kita tak perlu memburu mereka.Mereka telah datang kepada kita." kata John. Ben dan Ken menyiapkan perkakas senjata mereka. termasuklah bom-bom tangan dan serbuk racun.

Lalu Ramdesh membuka sedikit cermin jendela. Dan mengeluarkan muncung senapangnya. Dialah yang melepaskan tembakan dahulu sehingga terkena kepada beberapa ekor serigala kuning.

Fendix menjerit garang lalu serigala yang lain turut berlari dan merempuh jendela,pintu dan dinding pondok itu.Mencakar-cakarnya. Ada yang melompat ke atas bumbung pondok dan cuba membuat lubang dari atas.

Pemburu itu semuanya cemas kecuali John.John menebuk sedikit lubang pada dinding pondok lalu melepaskan tembakan secara menggila. Berbelas serigala terkorban.Ken dan Ben pula tidak mensia-siakan peluang apabila ada satu sudut pondok yang tidak diserang oleh serigala itu untuk mencampakkan bom tangan hingga meletuplah beberapa kawasan dan membunuh berbelas ekor lagi serigala.

Jason menyembur racun apabila satu dua serigala sudah berjaya membuat lubang di dinding pondok. Kini kelima-lima pemburu sudah bertopeng bagi mengelakkan dari terhidu racun serbuk itu.

Tidak kurang beberapa minit kemudian.sebuah helikopter muncul dari atas. lalu menembak mati sebanyak mungkin serigala dengan menggunakan mesingan dari arah udara.

Ketika itulah Basra menunjukkan ketangkasannya merampas bom tangan dari balingan Ken dan Ben lalu mencampakkan tinggi dengan mulutnya lalu masuk ke dalam helikopter itu maka meletuplah dengan letupan yang dahsyat.

Serpihan letupan itu membakar pondok maka terkepunglah para pemburu dengan api yang makin marak. Berpuluh-puluh bangkai serigala bersepahan di atas salji yang bertompok-tompok dengan pelbagai warna.Asap terus berkepul dan api pula makin marak.

Hingga entah apa yang berlaku tidak dapat diperincikan lagi. Para pemburu melepaskan tembakan secara menggila dan ada yang terkena sesama mereka sendiri.Serbuk racun berterbangan di udara. Hingga serigala-serigala itu juga banyak yang terkorban.

Kemudian,tinggallah Basra dan seorang pemburu sahaja iaitu Ramdesh.Basra yang masih bertahan walaupun luka-luka jelas kelihatan di wajah dan badannya.Ramdesh pula sedang terbaring lemah,menunggu ajal.

Ketika itulah Basra merenung muka Ramdesh dengan penuh kebencian.

Ramdesh memandang mata Basra yang merenungnya.

"mana mungkin... mata itu... punya perasaan..." kata Ramdesh tercungap-cungap.

Basra berkata," wahai manusia, apa kau fikirkan makhluk Allah yang lain tiada perasaan? Jika kami serigala boleh bersatu untuk berjuang,maka kamu sebagai manusia hina atas sebab berada di muka bumi dengan hanya menurut hawa nafsu. Kamu mencari harta dunia padahal di mana harta itu sekarang? Adakah harta itu mengikut kamu ke dunia kematianmu itu. Kami serigala mungkin mati tanpa mendapat syurga atau neraka. Tetapi kami tetap mengakui ketuhanan Allah yang Maha Esa. Sungguh kasihan pada kamu seorang atheis. Kamu mati tanpa dapat memahami dan mengenali Tuhanmu.Sungguh kasihan."kata Basra lalu tumbang. Dan mati.

Ramdesh menangis. Dia tidak faham kata-kata Basra yang terungkap dalam bahasa serigala itu. Tetapi kini dia telah mengakui,bahawa serigala itu makhluk ciptaan Tuhan begitu juga dirinya. Maka terus sahaja dia mengucapkan kalimah syahadah kerana meyakini Islam sebagai agama yang benar. Agama yang pernah saudaranya di India mengajarkan padanya.Dan yang sudah lama dia fikir akannya.

Tamatlah sudah peperangan itu. Yang akhirnya kemenangan ditentukan oleh Allah s.w.t. yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Bersyukurlah dengan hidayah Allah.

tamat.
Kembali Ke Atas Go down
http://mfrstudio.blogspot.com/
admin
Admin



Jumlah posting : 56
Registration date : 06.05.07

PERANG SERIGALA TERAKHIR Empty
PostSubyek: Re: PERANG SERIGALA TERAKHIR   PERANG SERIGALA TERAKHIR Icon_minitimeThu Dec 03, 2009 1:33 am

Kembali Ke Atas Go down
https://mfrstudio.indonesianforum.net
Sponsored content





PERANG SERIGALA TERAKHIR Empty
PostSubyek: Re: PERANG SERIGALA TERAKHIR   PERANG SERIGALA TERAKHIR Icon_minitime

Kembali Ke Atas Go down
 
PERANG SERIGALA TERAKHIR
Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1
 Similar topics
-
» PERANG SERIGALA TERAKHIR
» ENTRI TERAKHIR 2006

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
MFR STUDIO :: SENI :: CERPEN-
Navigasi: