MFR STUDIO
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

MFR STUDIO

studio puitis jalanan
 
IndeksPencarianLatest imagesPendaftaranLogin

 

 FITNA BINGUNG

Go down 
PengirimMessage
mfr

mfr


Jumlah posting : 295
Registration date : 06.05.07

FITNA BINGUNG Empty
PostSubyek: FITNA BINGUNG   FITNA BINGUNG Icon_minitimeWed Apr 16, 2008 7:07 am

FITNA

Berita tentang filem Fitna buatan ahli politik belanda itu sudah lama dikhabarkan sebelum ia siap diterbitkan dan tersebar meluas di internet. Aku tak ambil berat sangat dengan perangai kafir-kafir harbi yang sengaja melakukan provokasi pada umat Islam ini dengan beratus fakta kes sudah tercatat sejak kejatuhan empayar uthmaniyyah dulu lagi. Filem fitna cuba mengaitkan ayat al quran dengan aktiviti pengganas seterusnya menggambarkan islam itu sememangnya agama ganas berlawanan dengan promosi kita tentang islam bahawa islam itu agama damai. Dulu kita tahu betapa Denmark pernah dikecam kerana membiarkan akhbarnya menyiarkan karikatur menghina Rasulullah.

Usaha menyalahtafsirkan Islam dan memberi imej buruk pada Islam dan Rasulullah s.a.w itu sudah lama dilakukan samaada secara sindiran atau satira dalam pelbagai bentuk media, mahupun dilakukan secara ilmiah oleh para orientalis (seperti satanic verses?). Bukan perkara baru lagi jika kita merenung usaha-usaha mereka menggambarkan Islam adalah agama padang pasir, agama orang Arab, agama politik untuk berkuasa, agama poligami untuk lelaki dahagakan seks, agama jumud tak moden, agama untuk orang-orang kampung dan sebagainya.

Perkara ini tidak asing buat kita kerana penghinaan Islam bukan saja menyerang dari luar negara, malah dalam isi rumah kita negara kita ini sendiri, sudah banyak kes-kes penghinaan Islam terjadi termasuk yang popular dikeluarkan oleh Tun Mahathir mantan PM kita sendiri yang mengatakan Rasulullah tak bercukur kerana tiada pencukur zaman itu. Memanglah bodoh kata-kata itu kerana kita tahu zaman itu orang-orang Majusi yang tinggal tak jauh dari Mekah mempunyai ciri-ciri berdagu licin sebagai imej. Tentulah zaman itu sudah ada pencukur.

Walaupun kita boleh bersangka baik dengan Tun Mahathir dengan menganggap beliau tidak membaca hadis-hadis sahih yang menggalakkan menyimpan janggut, namun bagaimana pula jika kes Farish Noor yang menulis tentang kehidupan seks Rasulullah yang dikecam oleh Harakah dan Allahyarham Ustaz Fadzil Noor di parlimen tidak lama dulu? Farish Noor bukan orang bodoh kerana dia pengkaji.Hari ini kumpulan-kumpulan liberal yang menganalisis Islam secara orientalisme di kalangan komuniti Melayu-Islam sudah diterima di dalam Pakatan Rakyat dan bukan saja mudah didapati di dalam Barisan Nasional.

Orang Islam Malaysia juga sudah banyak pengalaman dalam menyatakan kecaman dan amarah pada mana-mana kelompok harbi hatta filem-filem Hollywood yang mempermainkan keTuhanan untuk menjadi bahan lawak juga takkan terlepas untuk dikecam walaupun banyak kali terlepas ke panggung wayang Malaysia. Penghinaan Islam juga berlaku setiap hari oleh kelompok sekularisme artis yang mempermain-mainkan tuntutan menutup aurat mahupun rancangan-rancangan televisyen malaysia yang beberapa kali menayangkan orang Islam bersama arak. Semua ini berleluasa kerana banyaknya kecaman tanpa dakwah tarbiyahkah, atau dakwah mengecam lebih banyak dari menonjolkan bukti damainya Islam melalui sikap muslim sendirikah?

Aku pernah katakan pada beberapa teman tentang kelompok Yahudi dan Nasara yang tak pernah redha dengan Islam, supaya kita lebih banyak abaikan saja provokasi mereka kerana bilangan provokasi mereka cukup banyak , jika dilayan setiap satu dengan bantahan dan demonstrasi maka kita tak akan ada masa untuk imarahkan masjid kita yang kosong. Memang ada teman-teman yang menganggap mengecam tindakan harbi itu satu jihad, logiklah ketika muslim berjihad, masjid akan kosong kerana semua keluar berperang. Namun sedihnya, ketika balik dari berjihad (mengecam tindakan harbi), kita tak mahu berjihad atas nafsu kita untuk tonjolkan keindahan Islam (akhlak) dan kekuatan Islam (ukhuwwah dan jamaah muslim dalam solat).

Islam memang bukan bersifat defensif semata-mata walaupun hakikatnya kita hanya berperang untuk mempertahankan Islam. Islam juga ada sifat mendatangi walaupun tak diserang. Ketika itu kita hanya berperang jika pihak yang kita datangi itu sudah setuju peperangan jalannya untuk lihat mana pihak kuat untuk memimpin. Jika pihak yang kita datangi itu tak setuju peperangan jalannya, dan menawarkan damai, maka kita memilih damai kerana itu lebih baik buat kita jika kita orang-orang yang berfikir. Namun waspada pada mereka yang digelapkan hatinya, janji mereka itu dusta, oleh itu banyakkanlah meminta petunjuk dan hidayah Allah, semoga keputusan kita keputusan bijak yang dipimpin Allah.

Begitu jugalah apabila ada cadangan memboikot barangan Belanda. Jangan memboikot semata-mata, tanpa kita sendiri mengeluarkan produk untuk membebaskan umat Islam dari pergantungan atau sifat konsumer semata-mata pada tangan orang-orang kafirun. Untuk memboikot, usahanya mudah dengan hanya tidak membeli. Namun usaha mengeluarkan produk itu agak payah, usahanya perlukan proses mengeluar dan juga proses membeli. Kebanyakan jihad itu payah, namun ringan buat mereka yang khusyuk (fokus pada plan dan gerak kerja).

Bagi mereka yang sibuk kata boikot itu sia-sia, ini orang yang tak rajin baca ekonomi. Mana boleh boikot barangan kafirun itu sia-sia, kesan ekonomi cukup besar dengan hanya tolakan faktor keuntungan yang mengurang. Kalau dulu ada 20 orang beli barang kita, sekarang ada 19 orang mengurang seorang, maka pusingan modal kita terjejas, peruntukan untuk proses pengeluaran berikutnya bergantung juga pada keuntungan sebelumnya. Namun boikot jadi sia-sia apabila kita masih lagi sibuk menjadi konsumer dan tidak ada usaha untuk membebaskan penguasaan kafirun atas ekonomi umat. Nak buat apa boikot barang belanda, lepas itu beralih pada barang amerika, zionis amerika untung, depa beli barang belanda banyak-banyak semula.

Bagi mereka yang kata nak boikot pun tak, tak boikot pun tak, tapi nak perhebatkan dakwah yang lebih penting, ini satu masalah dalam memahami situasi dan perbincangan.Sebagai contoh, orang madinah sibuk bincang bagaimana nak memecah monopoli yahudi di madinah.Ada yang cadang untuk pulau barangan yahudi dan kita buat ekonomi kita sendiri dengan beli barangan kita muslim saja. Kemudian ada yang cadang, tak perlu pulau barangan yahudi , cukup dengan kurangkan beli barangan depa dan kita pula menjual barang dengan depa. Kemudian tengah syok bincang strategi mana patut dilaksanakan, tiba-tiba muncul manusia yang mencadangkan ,"tuan-tuan, kita pulau barang pun tak, tak pulau pun tak, kita perhebatkan dakwah tuan-tuan,". Ini apa punya masalahlah.

Dalam dunia ni ada banyak medan. Dakwah islam mesti bergerak dalam setiap lapangan hidup, dalam setiap hal dan sifat. Menulis itu boleh jadi dakwah, bercakap itu boleh jadi dakwah, berkelakuan baik itu boleh jadi dakwah, hatta berpakaian juga boleh jadi satu dakwah. Begitu jugalah Islam ini diserang dari pelbagai sudut, politiknya, ekonominya, sosialnya, untuk menguji sejauhmanakah umat Islam sudah melaksanakan islam secara syumul. Setiap medan ada strateginya. Amboi, bila bab politik boleh pula fokus pada strategi-strategi politik sampai orang sarankan perhebatkan dakwah islam atas pentas politik, boleh pula ada yang membalas, "jangan sebut banyak sangat ayat quran, nanti orang bukan islam takut dan kita tak dapat undi depa". Bab itu depa jadi fokus pada bidang itu saja dan tak mahu lari dari fokus untuk dapatkan undi (gila undi). Tapi bila bincang bab ekonomi, tak mahu fokus dalam merangka plan memecah penguasaan ekonomi kafirun, terus terus mengalih otak kita minta fikir bab dakwah. Lainlah jika memang perbincangan bukan matlamat ekonomi, tapi matlamat nak marah kafirun semata-mata. Bab marah-marah ini memang tak payah layan, macam orang marah rosnah md aris dululah, sampai sekarang entah siapalah yang sudi dakwah dia. Kasihan orang jahil, para pendakwah suka marah-marah tapi tak nak berdakwah.
Kembali Ke Atas Go down
http://mfrstudio.blogspot.com/
 
FITNA BINGUNG
Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
MFR STUDIO :: ARKIB-
Navigasi: