MFR STUDIO
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

MFR STUDIO

studio puitis jalanan
 
IndeksPencarianLatest imagesPendaftaranLogin

 

 TOLONG AJAR SAYA HAK SEORANG DAIE YANG MURABBI

Go down 
PengirimMessage
mfr

mfr


Jumlah posting : 295
Registration date : 06.05.07

TOLONG AJAR SAYA HAK SEORANG DAIE YANG MURABBI Empty
PostSubyek: TOLONG AJAR SAYA HAK SEORANG DAIE YANG MURABBI   TOLONG AJAR SAYA HAK SEORANG DAIE YANG MURABBI Icon_minitimeFri Aug 01, 2008 2:24 am

Sekitar perbincangan tentang hakcipta dalam dakwah, apabila ustaz hasrizal membangkitkan kemusykilan tentang penyebaran copy majalah I secara percuma tanpa izin penerbit.
-------------------------------------------

MFR : mereka yang bising dengan copyright akan bahan dakwah mereka adalah orang yang belum rasa lazat amal jariah dan belum tahu betapa penting peranan meninggalkan ilmu yg bermanfaat selepas mati.mereka itu belum yakin bahawa nanti mati tak bawa apa2 hatta copyright.

ABU SAIF : jgn panas sgt. banyak benda blh bincang cara baik. saya timbulkan isu copyright sebab majalah i tu bukannya dihasilkan dgn pelepah tamar. bagaimana dgn gaji wartawan, graphic designer, marketer, dan puluhan manusi yg bergantung hidup dari penjualannya. majalah i or mana2 akhbar n buku lain, bukannya mcm anta buat komik, mfr

ABU SAIF : lagi pun harga majalah i tu rm4.90. bukannya ratusan ringgit macam windows vista. masalah copyright ni ada khilaf. tapi asasnya bukanlah cinta dunia atau tak pentingkan pahala akhirat. cuma nak balance antara kewajipan sebar ilmu vs. maslahah modal yg keluar

MFR : sebab itu kita jangan jadikan "dakwah" satu kerjaya. tapi "dakwah" satu tugas macam "solat". kenapa kita boleh solat percuma, tapi dakwah kita mahu pulangan. lebih teruk bila bising hak cipta ketika bahan dakwah kita tersebar merata. marilah rasa lazat akan ganjaran Allah lebih dari ganjaran duniawi. carilah kerjaya lain seperti menternak ayam. ayam kat perak dikuasai oleh kafirun, apa ceritanya.insyaAllah kita boleh berubah, insyaAllah.

ABU SAIF : dakwah sebagai kerjaya tu apa contohnya? memajalahkan bahan bacaan islam ke?

MFR : menjadikan dakwah sbg kerjaya itu adalah apabila bising-bising dgn berkata,"bagaimana dgn gaji kami?" ketika banyaknya bahan dakwah mereka tersebar secara percuma. tak salah jd penerbit majalah islam atau wartawan, atau penulis buku. tapi malangnya bila bising-bising hak cipta ketika bahan dakwahnya tersebar secara percuma.patut bykkan ucap alhamdulillah. bukan senang dakwah nk tersebar bang.

ABU SAIF : dakwah tak susah nak tersebar zaman sekarang ni dik. yang jadi cabaran ialah mencari dakwah yang ada nilai dan kualiti. dakwah comot orang tak nak. sebab tu kursus solat percuma yang rufaqa' tawarkan, kompeni tak nak. gaji keperluan, dakwah tujuan. takde contradiction pun.

MFR : buatlah apa pun asalkan rasa lazat nak raih redha Allah ketika berdakwah. jgn sbb kita dah buat dakwah tak comot, kita rasa rugi bila dakwah tak comot kita tersebar dgn percuma. jgn sampai kita anggap yg percuma itu taraf dakwah comot saja. kesianlah mcm tu. tp takpe, cuba lg. saya doakan.

ABU SAIF : tinggi benchmark anta tu. maknanya jika kita gi ceramah, keluar duit petrol dan tol sendiri, kita kena rasa semua itu 'pengorbanan' dakwah yang melazatkan.

MFR : kasihan.. saya ingatkan pejuang-pejuang islam cukup yakin dengan rezeki. dan tak rasa rugi bila membelanjakan harta di jalan Allah (dakwah). sungguh sedih malam ini. langit sudah kelam, hari akan hujan. kasihan umat kita. jgn lah bimbang dgn harta dunia. jgn ingat org jahil yg didakwah tak menghargai anda sbg pendakwah. dan jgn lah sangka buruk kat Allah, seolah2 Allah akan sia2kan pengorbanan anda berdakwah. sedih

ABU SAIF : penceramah di masjid tidak mencari rezeki dengan dakwah mereka di masjid tu. mereka ada kerja masing-masing. tetapi mereka dibayar saguhati kerana mengeluarkan duit petrol dan tol sendiri utk kuliah maghrib 15 malam sebulan, bermakna pendakwah2 tu kena sediakan RM500 sebulan untuk sampai ke masjid surau yg dia mengajar tu.

MFR : takpelah ustaz. betullah pendapat ustaz tu walopun saya ada pendapat lain. saya luah kat blog saya saja nanti. ustaz bole terus sebarkan dakwah dan semoga segala wang yg ustaz laburkan akan ustaz dapat kembali tanpa rugi. insyaAllah. Smile

ABU SAIF : saya takde melabur pun MFR. kebanyakan ceramah saya ialah ceramah bersama student, bersila di lantai kematu tumit. bukan ceramah cari duit. anyway ahlan wa sahlan, lama anta menyepikan diri tetiba muncul when something triggers you i guess

MFR : takpelah ustaz. mungkin saya ni fahamnya lain. mungkin saya bodoh dalam bidang dakwah tak comot ni. yg saya faham, bila kita berdakwah, kita korbankan masa, tenaga, harta mahupun jika perlunya nyawa adalah pelaburan kita untuk saham akhirat. takpe, ustaz teruskanlah apa yg patut.kirim salamlah pada org2 majalah I. doakan satu masa nnt saya dapat hasilkan majalah islam yg x comot tapi percuma. saya nak buktikan juga berdakwah menuntut pengorbanan bukan masa dan tenaga saja. tp juga harta. dan say

aca : MFR : x prlu bsing bila pndakwah tuntut yg hak,mreka juga plu pada khidupan yg semuanya brbyar, x lah bmksud mreka x ikhlas bila tuntut hak mereka

MFR : ha ah aca. nanti saya bagitau kat semua pendakwah, yg mereka boleh claim semua harta yg mereka belanjakan. jgn lupa bayar bila org tabligh ketuk rumah anda ya.terima kasih.

MFR : jenguk-jenguk lah video dakwah ustaz kamaruddin yg saya upload kat youtube. agak2 kat sape ustaz kamaruddin boleh claim duit yg dia blanjakan ek. meh tgk meh «link» dan agak-agak kenapa org takut nak dakwah kan? nnt boleh tuntut hak apa? terima kasih

MFR : saya harap lpas malam ni, semua pendakwah tolong sedar sikit, ya. kita berhak tuntut duit yg kita laburkan. terima kasih aca.

guest_3421 : you have made you point MFR. jangan digelebeh- gelebehkan sangat perbincangan

Kembara Muslim : knp nieMFR???

aca : knp kite plu bsing kalo pndakwah mnerima yg spatutnye...adakah MFR mnillai semua pndkwh yg mnerima@mnuntut hk yg spatutnya itu x ikhls?..

Kembara Muslim : ana tak fhm langsung...

Kembara Muslim : MFR berhati-hati bila menafsir...

MFR : itu sbb nya cik aca kena belajar mengeja. sila baca tang mana yg saya sebut pasal ikhlas ni? berhati-hati menafsir

Kembara Muslim : Biarlah Allah shj yg menilainya... ermmm

ABU SAIF : Harap dapat dihentikan perbincangan ni. Saya tak salahkan MFR sebab dia konsisten dengan style dia tu. Tapi jangan jawab menjawab. Once you made your point, better shut the mouth and let people think and choose. Ada paham ka semua? MFR you can proceed with other things here or elsewhere. Bak kata guest tu.. jangan digelebeh- gelebehkan discussion

MFR : sebarang soalan utk MFR sila emel terus pada saya mfakhrulrazi @ yahoo . com. jgn tanya kat site org utk soalan tuju kat saya. sekian.


----------------------------------------------------------------------

Ini pertama kali saya dengar pasal HAK PENDAKWAH untuk menuntut wang keperluan berdakwah.

Saya tak pernah dengar kisah para sahabat yang mengeluh tentang kos dakwah pada Rasulullah s.a.w atau yang pernah "menggunakan hak pendakwah untuk menuntut ongkos dakwah". Ini kali pertama saya dengar pasal hak itu. Siapa yang beri hak itu, Allah kah? Rasulullah kah? memang ada hak itukah yang boleh diTUNTUT? yang saya biasa dengar para sahabat lazat menginfakkan harta untuk dakwah islam. Atau setidak-tidaknya hasil penghargaan masyarakat pada alim ulama yang berdakwah dan menyebarkan ilmu dengan hadiah dan pemberian yang tidak pernah diminta para ulama. Atau memang sistem gaji para ustaz menyebabkan para ustaz pun dah fikir berdakwah perlu dibayar sebagai perkhidmatan ?

Selama saya menyertai badan dakwah sekolah, kami belajar untuk merasa lazat dalam membuat pengorbanan dalam berdakwah. Kami tak fikir apa pulangan yang kami dapat semasa membuat pengorbanan. Memang saya akui, lagi banyak saya korban untuk agama Allah, lagi banyak Allah bagi sesuatu pada saya. Kawan-kawan saya pun ramai yang tahu rahsia ini.

Apabila saya bersama jamaah tabligh, hal itu juga yang saya belajar. Betapa mereka membuatkan saya bersemangat melihat mereka berkorban. Muka mereka puas dan gembira apabila mereka mengorbankan harta-harta mereka demi dakwah. Hatta tertegaknya Masjid di Toyama dan yang terbaru ini Musolla di Gofuku Toyama semuanya adalah hasil korban harta para pencinta dakwah dan islam.

Apatah lagi apabila saya bertemu dengan pendakwah yang saya cukup segani iaitu Prof Dr Sidek Baba semasa Misi Jelajah Wawancara Tokoh Mac lepas. Kami berbual tentang perit jerih pendakwah. Betapa cikgu sidek ternyata puas dengan setiap pengorbanan luka dan duka nya. Malah membaca buku karangan beliau "Seteguh Tekad" yang dihadiahkan beliau pada saya selepas wawancara itu, begitu buat jiwa saya bersemangat berkorban untuk berdakwah. Saya belajar untuk lazat melakukan pengorbanan. lagi-lagi mengorbankan harta, prasyarat orang-orang yang berjuang di jalan Allah yang disebut sendiri dalam al quran.


"Sekali-kali kamu tidak dapat mencapai kebajikan yang sempurna sehingga kamu nafkahkan sebagian hartamu yang kamu cintai..." (QS Ali 'Imran: 92)

"Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipatgandakan pembayarannya kepada mereka. Dan bagi mereka pahala yang banyak." (QS al-Hadiid: 18 )

Ini baru kali pertama saya dengar seorang ustaz bertanyakan, (dipetik dari dialog di atas):


"...maknanya jika kita gi ceramah, keluar duit petrol dan tol sendiri, kita kena rasa semua itu 'pengorbanan' dakwah yang melazatkan."

jika itulah pertimbangan orang-orang tabligh yang datang berdakwah di Jepun, nescaya tak bergeraklah usaha menyebarkan cahaya-cahaya rumah Allah di bumi Jepun ini. Masakan tidak, bukan setakat tol dan minyak, malah tiket kapal terbang, duit makan berpuluh hari dan pelbagai lagi belanja termasuk duit sewa rumah untuk musolla, duit beli tanah dan bina masjid, semuanya adalah hasil korban dari orang-orang yang rasa lazat berkorban.

Jika para ustaz memohon dibayar tanggungan mereka untuk bergerak mengajar di surau, sepatutnya para ustaz terlebih dahulu memberitahu situasi mereka yang tak mampu untuk berkorban dan bergerak. maka jika ada keperluan juga untuk ustaz itu datang, maka pakat-pakatlah mesyuarat ahli masyarakat untuk selesaikan apa yang patut dibuat termasuklah mereka perlu LAZAT BERKORBAN membiayai ongkos pengangkutan ustaz itu untuk dapatkan ilmunya. Tetapi tak timbul langsung situasi ustaz berhak menuntut hak dibiayai ongkos pengangkutan. Pelik sungguh bunyinya.

Itulah yang saya belajar tentang dakwah mengikut kemampuan. Jika sudah saya tak mampu ke england untuk berdakwah di sana kerana tiada ongkos, tidaklah menjadi kewajipan saya untuk meminta masyarakat sana untuk biayai ongkos saya kerana saya BERHAK MENUNTUT keperluan yang memerlukan wang.

Ingatlah supaya barangsiapa pendakwah yang tiada keupayaan untuk berkorban, janganlah menipu diri sendiri dengan membawa kereta sendiri, bayar minyak sendiri, bayar tol sendiri, dan akhirnya menuntut hak atas segala perbelanjaan itu. Patutlah para pendakwah yang tiada keupayaan mengakui secara jujur akan keadaan dirinya yang tak mampu, maka nanti adalah bantuan Allah akan sampai jika benar-benar Allah mahu pendakwah itu berdakwah di satu-satu tempat. Allah berkuasa atas tiap sesuatu. InsyaAllah orang sendiri akan biaya perbelanjaan ustaz itu TANPA MENUNTUT HAK pun. astaghfirullah.



*nota Cikgu Sidek tentang dakwah yang boleh dikongsi buat seluruh sahabat-sahabat yang cintakan dakwah dan lazat berkorban untuk berdakwah

*Apabila Cikgu Sidek dapat tahu hasil tulisannya dikumpul dalam blog yang saya buat ini:
http://drsidekbaba.blogspot.com/2006/12/senarai-entri-blog.html

cikgu sidek terus menyatakan rasa terima kasih pada saya. Saya begitu terkejut sebenarnya hasil tulisan beliau itu sudah dijadikan buku dan dijual. Namun cikgu sidek lebih mementingkan hasil tulisannya tersebar dan penjualan buku hanya salah satu kaedah untuk menyebarkan tulisannya. Sesungguhnya beliau sudah menjadi ikon daie yang terbaik dalam hidup saya kini!
Kembali Ke Atas Go down
http://mfrstudio.blogspot.com/
 
TOLONG AJAR SAYA HAK SEORANG DAIE YANG MURABBI
Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1
 Similar topics
-
» Saya Hensem
» DEMOKRASI YANG MENGARUT
» DUNIA HEDONISME YANG JARANG DIPANTAU
» KEBODOHAN KEMPEN YANG TAK DIPEDULIKAN
» JANTAN SEKS YANG BANGSAT

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
MFR STUDIO :: ARKIB-
Navigasi: