Taqdir kita adalah
sebuah pertemuan di awal kenal.
Di kota,
di antara kalut derap-derap langkah.
Di ruang maya,
yang ada hanya pemisah.
dan
Di kuning permatang, tenang riak tasik.
Kau
dan aku
sama tertarik.
Kerana beza fikir dan nasib.
Kalau ada satu
perlu kupilih.
Adalah sesungguhnya
taqdir yang manis.