MFR STUDIO
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

MFR STUDIO

studio puitis jalanan
 
IndeksPencarianLatest imagesPendaftaranLogin

 

 melodrama dan sentimen

Go down 
3 posters
PengirimMessage
mfr

mfr


Jumlah posting : 295
Registration date : 06.05.07

melodrama dan sentimen Empty
PostSubyek: melodrama dan sentimen   melodrama dan sentimen Icon_minitimeThu May 24, 2007 9:47 am

tajuk di atas adalah tulisan terbaru dari mfr studio selepas siapnya tulisan strategi menewaskan tentera hedonis.

sebelum meletakkan kedua-dua tulisan itu di arkib nanti, aku nak tahu pendapat pengunjung dan ahli forum (yg sikit je pon), betulkah yang disukai rakyat malaysia khususnya melayu adalah unsur melodrama dan sentimen.

semasa dalam pembikinan tulisan "menewaskan tentera hedonis", aku menggunakan subjek akademi fantasia sbg antara bahan penting isi kandungan tulisan tu, membuatkan aku yakin dgn hipotesis aku yg sebelum ni pernah aku buat lpas kaji sikit turun naik politik negara, YANG DISUKAI DAN DIMINATI OLEH ORG MELAYU MALAYSIA ADALAH MELODRAMA DAN SENTIMEN.

buktinya, kita pernah dgr fenomena melayu tonton filem hindustan suatu ketika dulu, dan kebelakangan ini pulak, ada org berpendapat fenomena menonton filem korea melanda pula. dan kita tahu yang dicari oleh org melayu dalam kedua-dua jenis filem hindustan dan korea sebenarnya adalah melodrama dan sentimen.

dan perkara yg sama timbul, apabila org kapitalis astro dgn kerjasama para hedonis yg terkeliru atau "yes man" bak kata khir rahman yang sibuk-sibuk dok cari apa yang penonton af mahukan apabila juara atau finalis af kdg kala tidak punya kelebihan atau bakat yang lebih baik dari yg tersingkir.Maka jawapan yg paling tepat adalah penonton af memilih dan buat keputusan memberi duit mencurah kepada kapitalis astro adalah untuk menyaksikan melodrama dan sentimen.

dan sudah pasti apabila filem hindustan dan korea itu yg dihasilkan melodrama dan sentimen itu adalah produksi filem itu sendiri, maka kata2 para hedonis terkeliru astro bahawa Af dimiliki rakyat malaysia adalah bohong, kerana MEREKA YANG TELAH MENGHASILKAN MELODRAMA DAN SENTIMEN ITU BUAT PENONTON.

begitu juga apabila kita lihat dalam dunia politik. jualan buku-buku picisan politik pun boleh laris kerana memainkan melodrama dan sentimen. ceramah anwar ibrahim suatu masa dulu penuh dgn org ramai kerana org mahu menyaksikan melodrama dan sentimen.

jadi aku beranggapan unsur melodrama dan sentimen amat kuat dalam memainkan budaya hedonis di kalangan rakyat. dan telah terbukti dalam byk fakta kes, bahawa atas sebab kedua unsur melodrama dan sentimen inilah maka ramai orang melayu malaysia terutama anak-anak muda terjerumus dalam LEMBAH KEBODOHAN.

saksikan blog-blog pemikiran anak-anak muda yang menulis atas dasar melodrama dan sentimen, rata-rata tidak punya asas kukuh dalam menulis,selebihnya hanya berteras kepada melodrama dan sentimen. sebab itu, kita jarang dgr strategi terperinci berkarisma dan idealistik dari anak-anak muda yang melahirkan buah fikiran dalam blog atau pun yang menyertai terus kancah hedonis tak kira hedonis dalam bidang apa2 pun, hiburan, politik, agama, dan sbg nya semuanya punya ada unsur hedonis apabila dicampur dengan melodrama dan sentimen. budaya mengikut-ngikut orang lain adalah sindrom terbaik menerangkan unsur ini terlibat. kebanyakan hujah anak muda adalah yg mereka kutip dari org dewasa yg berpolemik secara melodrama dan sentimen yg langsung tak berkesudahan.

melawan hedonisme dlm diri perlu buang pengaruh melodrama dan sentimen sejauh mungkin.

aku nak dgr juga pandangan org ttg kenyataan aku ni.

hoho, tp ada org dia tak nak join forum ni walopun sebelumnya dia suka nak dgr komen aku atau berbalas diskusi dgn aku. itupun satu bukti unsur melodrama dan sentimen kerana melakukan sedikit usaha adalah membatalkan melodrama dan sentimen. melodrama dan sentimen paling benci unsur usaha, ia hanya suka santai,lepas,puas , balas dan hentam kromo.

bangsatkan melodrama dan sentimen.
Kembali Ke Atas Go down
http://mfrstudio.blogspot.com/
KyudaiBoy




Jumlah posting : 4
Registration date : 16.03.08

melodrama dan sentimen Empty
PostSubyek: Re: melodrama dan sentimen   melodrama dan sentimen Icon_minitimeSun Mar 16, 2008 11:31 am

Terima kasih saudara MFR, artikel yang sangat menarik.

Inilah hasilnya sekiranya kita tidak tahu apa tujuan kita hidup di dunia ini . Untuk bergelak ketawa dalam muzik ? Mengejar seks ? Untuk mengejar pangkat dan populariti ? Inilah dia realiti kebanyakan daripada 1.2 bilion manusia yang mengaku diri mereka sebagai " Muslim".

Tujuan kita hidup di dunia ini cuma satu-- menyembah Allah s.w.t. Menyembah bukan sekadar menunaikan solat dan berpuasa semata-mata tetapi ia merangkumi semua perkara amal makruf nahi mungkar berdasarkan segala yang disebut dalam al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w.

Hedonisme wujud kerana manusia tidak tahu apa tujuan mereka hidup di dunia ini. Jawapan yang sangat mudah.

Tak tahulah sama ada saya betul-betul telah menjawab artikel saudara MFR , apa komen saudara ?
Kembali Ke Atas Go down
mfr

mfr


Jumlah posting : 295
Registration date : 06.05.07

melodrama dan sentimen Empty
PostSubyek: Re: melodrama dan sentimen   melodrama dan sentimen Icon_minitimeTue Apr 01, 2008 1:04 pm

KyudaiBoy wrote:


Hedonisme wujud kerana manusia tidak tahu apa tujuan mereka hidup di dunia ini. Jawapan yang sangat mudah.

Tak tahulah sama ada saya betul-betul telah menjawab artikel saudara MFR , apa komen saudara ?

setuju
Kembali Ke Atas Go down
http://mfrstudio.blogspot.com/
admin
Admin



Jumlah posting : 56
Registration date : 06.05.07

melodrama dan sentimen Empty
PostSubyek: Re: melodrama dan sentimen   melodrama dan sentimen Icon_minitimeThu Dec 03, 2009 1:46 am

Kembali Ke Atas Go down
https://mfrstudio.indonesianforum.net
Sponsored content





melodrama dan sentimen Empty
PostSubyek: Re: melodrama dan sentimen   melodrama dan sentimen Icon_minitime

Kembali Ke Atas Go down
 
melodrama dan sentimen
Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
MFR STUDIO :: SOSIAL :: HEDONIS-
Navigasi: