MFR STUDIO
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

MFR STUDIO

studio puitis jalanan
 
IndeksPencarianLatest imagesPendaftaranLogin

 

 MARI MEMBINA EKONOMI UMAT

Go down 
2 posters
PengirimMessage
mfr

mfr


Jumlah posting : 295
Registration date : 06.05.07

MARI MEMBINA EKONOMI UMAT Empty
PostSubyek: MARI MEMBINA EKONOMI UMAT   MARI MEMBINA EKONOMI UMAT Icon_minitimeWed May 09, 2007 8:51 am

ini adalah puisi karangan ustaz uthman. aku suka membaca puisi ustaz uthman yang ini sebab ustaz uthman cuba berikan nasihat tentang perjuangan dalam bidang ekonomi yang ada landasan agama dan bukan perjuangan ekonomi kapitalis.

I

Pelajarilah kembali kebenaran keadilan kemurahan hati

K’rana kamu akan dipanggil kembali memimpin dunia ini

Apa pun pandangan negatif mereka itu terhadap kamu

Tetap kamu menjalani jalan membina kekuatan kamu

Kamu baka singa nan diajar hidup seperti tikus tersisih

Dalam hidup antarabangsa namanya kini bukan bersih



II

Wahyu mengajarkan prinsip memperkasakan

“Bersiap siagalah kamu dengan pelbagai kekuatan

Sehabis daya upaya kemampuan tenaga kamu…

Sampai gerun seteru Allah dan seteru kamu …”

Ini yang kita telah mengabaikannya sekian lama

Sampai kita menjadi umat lemah tidak bermaya



III

Tadinya terbacaku wacana si professor seteru kita

Dikejinya umat kita lemah, jahil, papa kerdana

Selepas sekian abad lamanya mulia tinggi di dunia

Hidup bergantung kepada dana di kalangan bangsa kaya

Tanpa kemampuan membina ekonomi umat sendiri

Hidup tanpa kekuatan menjadi pengemis di negeri sendiri



IV

Dikejinya kita lagi katanya minyak di bumi di bawah tanah

Itupun bukan mereka yang mengusahakannya menjadi khazanah

Kepandaian Barat yang menggalinya sampai mendapat minyak

Harapkan mereka tidak ada apa-apa kekuatan lalu terkena lanyak

Kejahilan kita sampai minyak di bawah kakipun orang usahakan

Kemudian mereka kaya di mana-mana kepala kita mereka ketokkan



V

Sang professor mereka itu menyebutkan pemodenan tentera kita

Nan ditandai katanya bersiri-siri kekalahan melalukan umat kita

Ini semua berlaku akibat kecuaian di kalangan umat ini

Mulai dari orang ramai bawahan di kalangan yang miskin petani

Sampai kepada mereka yang pandai-pandai di kalangan bijak bistari

Hidup mencari kemewahan diri dari tugas-tugas mereka lari



VI

Bila disebut ekonomi setengahnya menyuruh kita meringankannya

Kononnya ini urusan dunia fana tidak perlu kita memberatkannya

Walhal kalau hendak menjayakan ilmu kepandaian dan pertahanan

Yang diperlukan ialah harta benda wang dan kekayaan

Yang tanpanya semua itu tidak akan dapat dijayakan

Membangun umat memperkasakannya tidak dapat dilaksanakan



VII

Teringat kita hadith Nabi yang mengajarkan hikmah

Berkenaan mukmin yang mencari harta penuh himah

Dengan alasan mengelak diri dari ketergantungan kepada orang

Menampung keperluan keluarga mencukupi segala barang

Pula kerana kasihan membantu jiran tetangga yang malang

Di akhirat wajahnhya seperti bulan penuh pernama cemerlang



VIII

Teringat kita pengajaran bijaksana Luqman di zaman purba

Mengajarkan “Perjuangan berusaha kerja halal mendapat laba

Maka kita tidak papa bergantung kepada belas ihsan manusia

Kerana papa membawa banyak bencana atas umat manusia

Iaitu lemah agama, lemah akal budinya, hilang maruahynya”

Semuanya bila berlaku jadi malapetaka atas umat dan bangsa



IX

Seandainya ekonomi tidak penting untuk umat dalam pembangunan

Nabi tidak menyatakan sembilan sepersepuluh rezeki dari perdagangan

Kalau usaha ekonomi tidak ada tempatnya dalam agama ini

Saidina ‘Umar tidak akan marah kepada si abid di masjid ini

Tidak berusaha walhal orang lain berusaha untuknya dia berwirid

Katanya langit tidak menghujankan emas dan perak, hentikan wirid.



X

Seandainya ekonomi perkara remeh untuk umat membangun

Nabi tidak pecahkan monopoli ekonomi Yahudi di kota untuk membangun

Andainya ekonomi tidak perkara pokok bagi umat tidak adalah baitulmal

Juga tidak ada zakat, sadakah, wakaf, jihad, pendidikan, dan kasb halal

Maka marilah kita menjaga keimanan yang kental sahih dan kuat

Mengabdikan diri kepada Tuhan mengikut akhlak dan ajaran Syariat



XI

Seandainya ekonomi tidak begitu menentukan nescaya ‘Umar tidak berkata

“Kalau kamu tidak mempedulikan perniagaan nescaya datang masa

Para lelaki kamu akan bergantung kepada lelaki asing juga para wanita

Akan bergantung kepada wanita asing,”( maka hidup rendah menderita)

Juga kalau ekonomi tidak menjadi kekuatan penting masyarakat manusia

Mereka yang berseteru tidak berkata “Business is war”-- nyata



XII

Dalam ekonomi membina kita kekuatan demi memperkasakan agama

Benteng akidah, moral, pegetahuan, jatidiri, maruah hidup rukun bersama

Demi menguatkan Syariat agar tidak terbengkalai hidup kita terhina

Dalam dunia penuh perlumbaan kita gigih berusaha tawakal terbina

Untuk ini mari kita membina perpaduan kerjasama dalam hidup bernegara

Menghadapi kebencanaan dalam arus globalisasi nan banyak angkara



XIII

Mereka yang pedagang semarakkan juang perdagangannya

Yang mencipta barangan terus menjayakan penciptaannya

Yang menabung , wajar pada Syara’ rancak dengan menabungnya

Pencipta rangkaian menjayakan hubungan tersusun di rangkaiannya

Semoga front perdagangan menjadi perkasa membantu juang umat

Di zaman ufuk keagamaan dan kerohanian kelihatan penuh zulmat



XIV

Mari kita meraih kecemerlangan menjaga akidah, menjaga agama dan moral

Serta dalam segala kegiatan agama dan budaya menjayakan hidup spiritual

Dalam perekonomian membina para usahawan berjaya dan amanah

Membina kemerdekaan ekonomi, khidmat social negara dan umat tidak punah

Demi mencapai di akhirat “hasanah” dan dalam dunia dan negara “hasanah”

Dimahkotai hidup ini dengan taman kebahagiaan kekal abadi dalam “al-jannah”.





Tergubah oleh “Lebai Jawi” Muhammad ‘Uthman El-Muhammady,

Di Pasir Mas, Kelantan pada 19 Sya’ban 1423 Hijrah/ 27 Oktober 2002.
Kembali Ke Atas Go down
http://mfrstudio.blogspot.com/
admin
Admin



Jumlah posting : 56
Registration date : 06.05.07

MARI MEMBINA EKONOMI UMAT Empty
PostSubyek: Re: MARI MEMBINA EKONOMI UMAT   MARI MEMBINA EKONOMI UMAT Icon_minitimeThu Dec 03, 2009 1:35 am

Kembali Ke Atas Go down
https://mfrstudio.indonesianforum.net
 
MARI MEMBINA EKONOMI UMAT
Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1
 Similar topics
-
» ekonomi islam dalam dunia kapitalis
» Mari Kita Bernikah!
» mari kongsi web tazkirah atau muhasabah yang terbaik

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
MFR STUDIO :: SENI :: PUISI-
Navigasi: