MFR STUDIO
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

MFR STUDIO

studio puitis jalanan
 
IndeksPencarianLatest imagesPendaftaranLogin

 

 Mari Kita Bernikah!

Go down 
+2
marjan
Hero Senget
6 posters
PengirimMessage
Hero Senget




Jumlah posting : 36
Registration date : 06.05.07

Mari Kita Bernikah! Empty
PostSubyek: Mari Kita Bernikah!   Mari Kita Bernikah! Icon_minitimeSun May 06, 2007 2:24 pm

Assalamualaikum wbt..

Rentetan dari peristiwa "Hukum Bercinta" ( rujuk entri di Group di friendster ), jadi saya telah mendapat jawapan secara kiasan tentang hukum bercinta..sebetulnya ada kelonggarannya.

Jawapan yang saya terima dari email Ustaz Hasrizal Abdul Jamil a.k.a SaifulIslam.com. dan dia bagi link rujukan page dia sama.

Kepada yang dah bercinta ataupun dilamun cinta ( maknanya bukan bertepuk sebelah tangan ), mari kita baca perenggan2 ini bersama-sama ( Petikan dari SaifulIslam.com Menguruskan Fikiran Tentang Perkahwinan:

Quote :
"Syukur, saya terselamat dari ujian itu. Semenjak di Tingkatan 1, kehidupan saya di sekolah menengah amat sibuk. Pelajaran, disertai dengan usrah, gerak kerja persatuan, pertandingan-pertandingan yang disertai dan pelbagai aktiviti menjadikan saya terfokus kepada memanfaatkan umur ketika itu tanpa perlu ‘cuba-cuba bercinta’. Benarlah kata pepatah Arab:
“Air yang tidak mengalir (statik), akan merosakkan air tersebut. Pemuda yang banyak masa kosong (tidak dinamik), akan dibunuh oleh masa kosong itu”

Walau bagaimana pun, pasti sudah ramai yang telah pun berada di ’situ’. Sudah kenal. Sudah lama kenal.

Untuk mereka, janganlah pula pendapat saya ini menjadi alasan untuk cepat seseorang itu memutuskan perhubungan. Janganlah biarkan diri kita dipandu oleh keputusan-keputusan emosi semata-mata. Jika pasangan lelaki atau perempuan sudah baik agamanya, atau yang paling utama, sedia dididik dan mahu belajar, maka terimalah seadanya.

Saya cukup terkilan apabila mendengar ada dari kalangan adik-adik, khususnya Muslimah, yang terlalu mudah mengambil keputusan memutuskan hubungan semata-mata beralasan terasa ada kesilapan malah dosa yang terselit di celah-celah perkenalannya dengan seorang lelaki Muslim yang baik. Jika pernah buat silap, bawalah bertaubat dan bukannya dengan sewenang-wenang membatalkan hubungan. Ingatlah pesan Nabi SAW,

“Apabila datang melamar kepadamu seseorang yang kamu redha agamanya dan akhlaknya, maka kawinkanlah. Jika tidak kamu laksanakan, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan yang luas”. (HR. Tirmidzi)"

Ini sekaligus sedikit sebanyak memberi nafas lega kepada mereka yang tengah bercinta, tetapi TOLONGLAH jaga cara kamu bercinta, elakkan sesuatu yang boleh dielak.

Sebagaimana Rasulullah S.A.W. dalam hadisnya pernah berpesan: “Perempuan itu dikahwini kerana empat: Kecantikannya, keturunannya, hartanya dan agamanya. Pilihlah yang beragama nescaya selamatlah kamu.”
Jadi, keempat-empat perkara ini pun wajib dijaga dalam suatu perhubungan yang telah berlangsung.
-Pasangan lelaki wajib menitikberatkan bagaimana cara untuk mengelak/menjaga dari maksiat kecantikan perempuan, JANGAN kerana kecantikan wanita, anda sanggup berkorban bergolok gadai segalanya termasuk iman dan agama. JANGAN kerana keelokan wajah lelaki, wanita menggadaikan maruah diri.
-Bagaimana untuk mengekalkan keturunan/nasab si perempuan dengan baik hatta jangan sekali-kali merosakkan dengan sentuhan tangan haram anda atau apa2 sahaja yang boleh menyebabkan ianya menjadi maksiat, JANGAN berdua-duaan..JANGAN dekati muqaddimah ZINA.
-Kita boleh memperluaskan skop harta itu dan mengaitkan dengan pembaziran. Jangan sekali-kali menumpukan wang semata-mata untuk si dia sebagaimana larangan Qardhawi. INGAT! cinta kepada pasangan BUKANLAH perkara terpenting dan terbahagia di dunia ini.
-Yang terakhir, WAJIB ke atas kita memelihara agama Islam kita ini. Jangan kerana kita terlalu mengutamakan si dia, kita lupakan si Dia. Kalau tak, kita sama sahaja termasuk dalam syirik..menyekutukan Dia yang haram kita sekutukan. SIAPA LAGI YANG PALING UTAMA MELAINKAN DIA SESUNGGUH-SUNGGUH DAN SEBENARNYA DIA?! TIADA!!

Kepada yang sudah bercinta, diharapkan cepat-cepat bernikah dan mengikat hubungan samada dengan nikah khitbah ( tunang ), dapatkan restu kedua ibu-bapa. Yang paling penting, carilah rezeki yang halal dahulu sebelum tergesa-gesa mengikat hubungan. Kewangan yang stabil menjamin kehidupan berkeluarga. AGAMA YANG MANTAP menjamin institusi kekeluargaan di dunia dan akhirat.
Jadi, mari kita cepatkan perjalanan menuju perkahwinan. Biar tenang dan selesa dan menjauhkan maksiat. Tetapi perjalanannya bukan mudah tuan-tuan dan puan-puan sekalian.. Banyak persediaan rapi dari mental, fizikal,dan dalaman sebelum ke gerbang perkahwinan. Kita bincangkan lain kali mengenai persediaan ini.

Kepada yang cuba-cuba bercinta pula..Saya nasihatkan JANGAN CUBA-CUBA. Jangan kerana orang lain berpacaran, kita pun mahu mengikut trend. Kepada adik-adik dan pelajar-pelajar, saya nasihatkan tumpukan kepada pelajaran dan kerjaya masing-masing dahulu. Perjalanan kita masih jauh. Banyak lagi halangan berduri di depan yang kita perlu kita hadapi. Jasa ayah dan bonda belum terbalas, tetapi sibuk membalas kasih orang tercinta. Dari segi kewangan pula, tidak semua antara kita terdiri dari orang berada. Masih lagi di bawah tanggungan keluarga masing-masing. Jauh sekali hendak menanggung anak isteri, sekaligus kita tidak mampu. Betul kan? Jadi, kasihanilah diri kita..kasihanilah ibu dan ayah kita yang mencari rezeki kepada kita siang dan malam..supaya kita ada wang. Wang itu untuk belajar, bukan untuk berfoya-foya dan habiskan membelanja teman dan pasangan.

Walaupun ada kelonggaran di sebalik PENGHARAMAN, saya tetap tidak menyebelahi pihak2 yang bercouple, sebabnya...amatlah JARANG saya melihat,mendengar pasangan yang menjaga iman dan amalnya ketika bercouple. Yang mana kita wajib elak, kita elak. Quu Anfusakum Wa Ahlikum Naara.. walaa tulqoo bi aydiykum ilat-tahlukah. Kaedah fiqah turut menegaskan, “Menolak mudarat lebih utama daripada mengambil manfaat.” Ini bermaksud, sekiranya sesuatu perkara yang mempunyai kebaikan dan juga kemudaratan, maka kemudaratan itu hendaklah ditolak..
Jangan kamu campakkan diri kamu sendiri ke arah kebinasaan jika kamu takut sendiri binasa. Jangan kamu kelar hati kamu sendiri, jika kamu takut akan terluka. Jangan kamu dekati cinta, jika kamu takut api cinta membakar diri kamu sendiri ke dalam neraka. Mengapa kita sengaja berjalan di jalan berduri jika di sebelah lagi ada jalan yang tidak memudaratkan kita? Betul tak? Jika sudah terpijak duri semalu, buanglah duri itu..campakkan jauh-jauh supaya tidak terkena orang lain, kemudian rawatilah luka itu dengan keimanan dan kesabaran serta perkahwinan.



Mari bersama-bersama kita mempersiap sediakan diri ke arah perkahwinan yang diredhai.

Dan dalam menyampaikan dakwah, kita tidak boleh terlalu keras dan memaksa-maksa, seperti kata Ustaz Hasrizal lagi:
Quote :
"Namun bagi adik-adik yang mempunyai kesedaran Islam, cara mereka ‘menjaga hukum Allah’, penting untuk dipandu. Bukan apa, kadang-kadang cara merek menimbulkan kehairanan kepada saya. Syariat manakah yang mengajar Muslimat supaya menundukkan pandangan hingga terlanggar tong pemadam api yang tergantung di koridor? Islam manakah yang mengajar Muslimat kita supaya bercakap seperti ‘warden penjara’ ketika berurusan dengan Muslimin, semata-mata kerana mahu menghayati kehendak Syarak agar mereka tidak melunakkan suara yang boleh menimbulkan fitnah."

Firman Allah pula:
فَبِمَا رَحْمَةٍ مِنَ اللَّهِ لِنْتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنْتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لَانْفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِ Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu) dan pohonkanlah ampun bagi mereka dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. [ Surah Al-Imran : 159 ]
Kembali Ke Atas Go down
marjan

marjan


Jumlah posting : 10
Registration date : 06.05.07

Mari Kita Bernikah! Empty
PostSubyek: Re: Mari Kita Bernikah!   Mari Kita Bernikah! Icon_minitimeMon May 07, 2007 2:20 am

walaupun kita berasa ada "kelonggaran", mari kita fikir sejenak;

Quote :
“Air yang tidak mengalir (statik), akan merosakkan air tersebut. Pemuda yang banyak masa kosong (tidak dinamik), akan dibunuh oleh masa kosong itu
Kembali Ke Atas Go down
Hero Senget




Jumlah posting : 36
Registration date : 06.05.07

Mari Kita Bernikah! Empty
PostSubyek: Re: Mari Kita Bernikah!   Mari Kita Bernikah! Icon_minitimeThu May 24, 2007 4:37 am

Persoalan ini merupakan satu isu wajib dijelaskan kepada umum, akan tetapi didalam menjelaskan tentang hukum yang berkaitan dengannya, seringkali kedengaran terdapat beberapa pendekatan; ada yang bersifat melampau/ifraath (الإفراط) dan ada yang bersifat mencuaikan/tafriith (التفريط). Pendekatan ini seolah-olah samada menunjukkan agama Islam menentang sekeras-keras percampuran (الاختلاط) lelaki dan wanita yang bukan mahram, atau pun menunjukkan Islam tidak kisah langsung (cuai) dengan hukum percampuran tersebut.

Shiekh Dr Yusuf Al-Qaradhawi didalam fatwanya (الاختلاط بين الجنسين) telah membincangkan dengan panjang lebar isu ini secara pendekatan yang sederhana tanpa mengabaikan hukum-hukum Islam, tanpa menjumudkan dan meletakkan hukum yang terlalu rigid sehinggakan tiada langsung ruang bagi 2 jenis insan ini berinteraksi.

Disini kami memetik kesimpulan yang beliau nyatakan didalam fatwanya pada 2 muka surat terakhir buku Fatawa Mu'asyirah Jilid 2:-

Quote :
"Pada prinsipnya, perhubungan diantara lelaki dan wanita tidaklah ditolak secara total; malahan dibolehkan selama-mana ia bermatlamatkan kebaikan dan atas perkara-perkara yang dibenarkan seperti mendapatkan ilmu pengetahuan, kerja yang baik, projek kebajikan, kewajipan jihad atau banyak lagi perkara kebaikan yang memerlukan usaha sama diantara kedua-dua jenis jantina.

Walaubagaimana pun ini tidak bermakna ia melepasi batas-batas yang dihadkan dan melupakan mengenai sifat tabie kedua-dua jantina. Didalam semua interaksi, kedua lelaki dan wanita wajib mematuhi kehendak ajaran Islam yang mengajak kepada kerjasama atas dasar kebaikkan dan kesolehan disamping memerhatikan peraturan akhlak dan peradaban.

Berikut adalah beberapa syarat yang mesti dipatuhi apabila wujudnya interaksi diantara kedua-dua pihak :-

1. Kedua-dua pihak hendaklah merendahkan pandangan masing-masing. Tidak wujud pandangan yang menghairahkan. Allah swt berfirman :-


قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ. وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ.
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." - [Al-Nur : 30-31]

2. Seorang wanita Islam wajib mengenakan kod etika berpakaian. Sebagaimana maklum, pakaian wanita Islam meliputi seluruh tubuhnya melainkan muka dan tapak tangan. Tidaklah ianya ketat dan jarang yang boleh menampakan rupa bentuk badan.

3. Akhlak perlu dijaga, contohnya seorang wanita hendaklah serius didalam percakapannya dan sederhana didalam cara bercakap, menghilangkan sebarang percubaan syaitan menyebarkan putik-putik perkara yang tidak berakhlak (al-Ahzab : 31).. Begitu juga semasa berjalan hendaklah tidak menghentak kaki sebagaimana surah al-Nur:31 dan juga pergerakan wanita tersebut tidak menarik perhatian lelaki.
.
4.Tidak boleh memakai minyak wangi (perfume) semasa keluar dari rumah, warna-warna yang menarik perhatian ramai apabila keluar dari rumah, dan begitu juga apabila berjumpa dengan lelaki.

5. Tidak dibenarkan lelaki dan wanita bukan mahram berduaan pada tempat yang tidak terdapat lelaki lain. Perkara ini ditegah didalam hadith sahih mengenainya, sabda Nabi saw : - إن ثالثهما الشيطان "Yang ketiga adalah Syaitan". Perkara ini tidak dibenar sebagaimana memisahkan diantara api dan kayu api. Perkara ini juga diaplikasikan kepada saudara-mara si-suami sebagai Nabi saw bersabda :


" إياكـم والدخـول على النسـاء "، قالـوا: يا رسـول الله، أرأيت الحَمْـو ؟ ! قال: " الحمو الموت " !
"Awas duduk bersama wanita seorang diri!" Sahabat bertanya :"Bagaimana pula dengan saudara dari pihak suami?" Baginda menjawab :"Saudara kepada suami adalah kematian (menyebabkan kematian)". Ini adalah kerana saudara kepada suami kemungkinan akan tinggal lama di rumah dan bahaya dosa itu menjadi lebih besar.

6. Kesemua hubungan dan interaksi ini tidak boleh diberikan secara longgar. Interaksi hanya boleh didalamkan mengikut keperluan dan sebab-sebab yang munasabah. Didalam berhubung dengan lelaki, tidak seorangpun wanita Islam dibenarkan melupakan secara tabie peranan mereka sebagai wanita." - [Fatawa Mu'asyirah, 2/285-286].

=================
Kesimpulannya fatwa diatas ini boleh dijadikan garis panduan didalam berintraksi dengan wanita. Didalam situasi yang saudara nyatakan diatas, tidak salah bertegur sapa bertanyakan khabar, akan tetapi jika hanya makan berdua sahaja, hendaklah dielakkan duduk bersama, melainkan wanita tersebut membawa temannya. Ini juga dapat mengelakkan diri dari di fitnah dan juga dari godaan syaitan yang sentiasa menunggu apabila berlakunya pertemuan diantara lelaki dan perempuan. WA.

wassalam
===========
Rujukan :

1. Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Fatawa Mu'asyirah - II. Cetakan ke 3. Manshurah : Dar Al-Wafa', 1994. ms 277 - 286.
Kembali Ke Atas Go down
good_Girl




Jumlah posting : 8
Registration date : 30.11.07

Mari Kita Bernikah! Empty
PostSubyek: Re: Mari Kita Bernikah!   Mari Kita Bernikah! Icon_minitimeFri Nov 30, 2007 2:01 pm

boring la bercinta nei.....sy tgk kwn2 sy yg bercouple/bercinta ni sume menyampahkan...huhu
Kembali Ke Atas Go down
JamZ




Jumlah posting : 9
Age : 38
Localisation : Bilik Aku
Registration date : 17.01.08

Mari Kita Bernikah! Empty
PostSubyek: Re: Mari Kita Bernikah!   Mari Kita Bernikah! Icon_minitimeThu Jan 17, 2008 1:38 pm

Boring bercinta bermaksud anda sudah pernah bercinta?!! :p

jangan marah good_Girl, sekadar mentafsirkan ayat.

setuju pada pendapat good_Gurl, bercinta adalah boring, dan setuju dengan cadangan Hero Senget, cepat cepatlah bernikah..
Kembali Ke Atas Go down
http://www.ammiralmujahid.esasterawan.net
good_Girl




Jumlah posting : 8
Registration date : 30.11.07

Mari Kita Bernikah! Empty
PostSubyek: Re: Mari Kita Bernikah!   Mari Kita Bernikah! Icon_minitimeSun Jan 27, 2008 7:56 am

xde maknanye...sy xpnah bcinta pon.sy tgk kwn2 yg ber'couple' ni...memboringkan...
kawen cepat2 eh?..klu ade duit boleh r..ni klu 2 2 blaja...menyusahkan je..
Kembali Ke Atas Go down
mfr

mfr


Jumlah posting : 295
Registration date : 06.05.07

Mari Kita Bernikah! Empty
PostSubyek: Re: Mari Kita Bernikah!   Mari Kita Bernikah! Icon_minitimeTue Apr 01, 2008 1:07 pm

good_Girl wrote:
xde maknanye...sy xpnah bcinta pon.sy tgk kwn2 yg ber'couple' ni...memboringkan...
kawen cepat2 eh?..klu ade duit boleh r..ni klu 2 2 blaja...menyusahkan je..

bercinta ni macam berak lah. bila menanggung rasa berat dan gelisah. bila dilepas lega dan rileks.pastikan flush sesudah itu.
Kembali Ke Atas Go down
http://mfrstudio.blogspot.com/
admin
Admin



Jumlah posting : 56
Registration date : 06.05.07

Mari Kita Bernikah! Empty
PostSubyek: Re: Mari Kita Bernikah!   Mari Kita Bernikah! Icon_minitimeThu Dec 03, 2009 1:41 am

Kembali Ke Atas Go down
https://mfrstudio.indonesianforum.net
Sponsored content





Mari Kita Bernikah! Empty
PostSubyek: Re: Mari Kita Bernikah!   Mari Kita Bernikah! Icon_minitime

Kembali Ke Atas Go down
 
Mari Kita Bernikah!
Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1
 Similar topics
-
» Rasulullah dan Khadijah Bernikah Umur Sebaya
» MARI MEMBINA EKONOMI UMAT
» KE MANA AKHIRNYA POLITIK KITA
» mari kongsi web tazkirah atau muhasabah yang terbaik
» DARI FORUM IPIJ: Apa Pemikiran Politik Kita

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
MFR STUDIO :: SOSIAL :: DAKWAH-
Navigasi: