MFR STUDIO
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

MFR STUDIO

studio puitis jalanan
 
IndeksPencarianLatest imagesPendaftaranLogin

 

 "Mama, saya mau kawen!"

Go down 
3 posters
PengirimMessage
Hero Senget




Jumlah posting : 36
Registration date : 06.05.07

"Mama, saya mau kawen!" Empty
PostSubyek: "Mama, saya mau kawen!"   "Mama, saya mau kawen!" Icon_minitimeSun May 06, 2007 2:11 pm

Di rumah sekarang. Peperiksaan akhir selesai kelmarin. Dalam ribut dan hujan lebat yang mencurah-curah, akhirnya berjaya juga ana sampai ke rumah.

Sekarang ini nampaknya musim orang berkahwin. Sekeliling ana ada sahaja sahabat yang menamatkan zaman bujang dan ada juga yang mengikat tali pertunangan. Ditambah lagi yang sedang tercari-cari.

Ada apa dengan kawen?

“Nak ada orang teman, ke kuliah, ke masjid dengar ceramah.”

“Nak jaga hati.”

“Nak ada teman untuk meluah rasa, susah dan senang bersama-sama”

“Dah lama kawan, sekarang kami nak kawen pulak.”

Bagi yang berkemampuan, bersyukurlah. Kerana berkahwin, bukan sahaja menjaga hati, dapat teman “situ sana sini”, kaunselor tak bertauliah dan cinta sejati. Rasulullah bersabda;

"Wahai para pemuda, siapa di antara kamu yang mampu kahwin, kahwinlah; dan siapa yang belum mampu, maka berpuasalah. Sebab puasa itu mempunyai wija’ ( perlindungan daripada dorongan hawa nafsu)”

Best ke kawen ni?

Dalam keluarga ana, bukan asing lagi berkahwin awal semasa masih belajar. Dan ana suka menjadi pemerhati.

Berkahwin bukan seperti membeli-belah pasangan di pasaraya Giant, yang punya banyak pilihan dan kualiti pun pelbagai. Ada RM 10,000 boleh la pilih yang baik dan elok, ada RM 1000, pilihan pun tak pelbagai. Begitukah? (Atau memang fenomena ini dah jadi realiti; perempuan boleh dijual beli.?)

Mencari yang baik dan sesuai(sekufu) bukan senang. Apabila rasa hati dah berkenan, banyak pula “saringan” yang perlu dilalui. Hati mak ayah perlu dijaga, kerana di situ ada redho Tuhan. Masa depan, wang hantaran, wang untuk kenduri…menyesakkan jiwa. Apatah lagi yang bertitle “student”.

Bakal suami yang bertitle student; di mana nak korek duit? Kalau duit boleh dikorek seperti mengorek “bronok” di pantai, mudahlah!

Bagi bakal isteri, ilmu mengurus sudah luluskah? Bab memasak, kurang-kurang pun tahu 14 jenis (2 jenis setiap hari X 7 hari=14) !

Ah..cakap apa pasal kawen ni? Dah teringin sangat nak kawen?

Ana ingin menulis bagi orang seperti ana, yang masih belum layak untuk menempuh alam itu. Pastinya, lebih besar tribulasi . Lebih banyak persediaan dan pengorbanan. Ana terlalu mentah dan keanak-anakan untuk semua itu!

Lalu kenapa ditulis di sini?

Lewat karya ana, cerpen "cinta tak pernah buta" adalah luahan rasa dan nasihat kepada sahabat yang masih terumbang-ambing dalam mencari erti cinta. Lalu ada yang memilih cinta sebelum kahwin sebagai ganti akad yang sah kerana belum mampu. Kononnya juga ingin menyelami hati pasangan.
Cinta sebelum kawen? I'll say NO!

Terpulang kepada sahabat yang masih berpegang;ada cinta sebelum kawen yang mengikut syariat. Berwaspadalah, sekali jatuh ke dalam lubang, 1000 tahun belum tentu anda berjaya meloloskan diri! Bagi diri ana sendiri, keinginan untuk berkahwin walaupun fitrah, masih boleh dikawal dan dikengkang. Lebih-lebih lagi bagi yang tidak berkemampuan. Desakan untuk menyayangi dan disayangi itu adalah abstrak. Maka salurkan kepada yang layak!

Cinta adalah penyakit. Penyakit hati. Yang pelik, namun ada ubatnya. Mencintai rupa lahiriyah hanya menimpa kalbu yang hampa dari mencintai Allah Taala, yang telah berpaling dan menggantungkan diri kepada selain-Nya. Seandainya hati dipenuhi kecintaan terhadap Allah SWT dan rindu pada perjumpaanNya, maka akan tertolaklah penyakit tersebut.

Ubat cinta.

Diriwayatkan oleh Ibn Majah dari Ibn. Abbas ra, Nabi SAW bersabda;

Tidak kami melihat sesuatu yang lebih baik bagi dua orang yang saling mencintai seperti pernikahan.

Jika tidak ada jalan bagi sang pencinta itu untuk mendapat orang yang dicintainya, baik dari segi kemampuan, mahupun syariat (dan ini adalah penyakit kronik) maka rawatnnya adalah;dengan menanamkan dalm jiwanya perasaan putus asa terhadapnya. Kerana bila jiwa merasa putus asa terhadap sesuatu, maka ia akan bebas dari belenggunya, dan ia akan berpaling darinya.

Seandainya penyakit asyik ini tidak hilang dengan rasa putus asa, maka bererti orang yang ditimpa itu mengalami gangguan dalam hatinya. Kerana itu perlu diberi rawatan kepada akalnya. Sebab tergantungnya kalbu pada sesuatu yang sudah diyakini tidak akan diperoleh adalah termasuk salah satu dari jenis gila. Orang yang demikian itu ibarat orang yang rindukan mentari, di mana jiwanya melayang-layang.

Jika hubungan itu terhalang dari segi syarat dan kemampuan, maka segala sesuatu yang tidak diperkenankan Allah itu caranya adalah dengan menjauhinya.

Seandainya nafsu ammarahnya tidak mahu menerima alasan di atas, maka ia harus memilih antara dua pilihan; kosyyah ( takut) atau kehilangan yang lebih dicintai, lebih bermanfaat, lebih baik dan lebih kekal kelazatan dan kesenangannya.

Sesungguhnya orang yang berakal itu, bila disuruh memilih antara dua pilihan yang satu cepat hilangnya, sedang yang lain lebih agung, lebih bermanfaat dan lebih abadi; maka ia tentu tidak akan mengorbankan kelazatan abadi itu dengan kelazatan sementara yang dapat berubah-ubah.

Jika rawatan di atas masih juga tidak berkesan, maka ia harus memikirkan keburukan-keburukan yang akan timbul akibatnya. Jika tidak juga hilang, maka ia harus memikirkan keburukan-keburukan serta kekurangan orang yang dicintainya itu. Kerana biasanya yang mendatangkan cinta itu adalah keelokan orang yang dicintai. Jika semua rawatan ini tidak juga memberikan hasil yang memuaskan, maka ia harus menyerahkan diri kepada Allah, meminta pertolongan dan petunjuk.
Ah...cinta..cinta..
Jangan bercinta, jika masih belum bersedia...


Quote :
“Wan sayang, cinta tak pernah buta. Kita sebenarnya yang buta dalam menilai cinta. Cinta Ilahi kasih yang tak bertepi. Jangan gundah, sebab jika sinar cinta itu menyinari hidup kita, selamanya tak mungkin ada luka. Percayalah!”
Kembali Ke Atas Go down
marjan

marjan


Jumlah posting : 10
Registration date : 06.05.07

"Mama, saya mau kawen!" Empty
PostSubyek: Re: "Mama, saya mau kawen!"   "Mama, saya mau kawen!" Icon_minitimeSun May 06, 2007 3:14 pm

adakah ini sejenis cerpen? Suspect
Kembali Ke Atas Go down
Hero Senget




Jumlah posting : 36
Registration date : 06.05.07

"Mama, saya mau kawen!" Empty
PostSubyek: Re: "Mama, saya mau kawen!"   "Mama, saya mau kawen!" Icon_minitimeMon May 07, 2007 5:20 am

Kredit cerpen : LuklukWalMarjan
Kembali Ke Atas Go down
admin
Admin



Jumlah posting : 56
Registration date : 06.05.07

"Mama, saya mau kawen!" Empty
PostSubyek: Re: "Mama, saya mau kawen!"   "Mama, saya mau kawen!" Icon_minitimeThu Dec 03, 2009 1:34 am

Kembali Ke Atas Go down
https://mfrstudio.indonesianforum.net
Sponsored content





"Mama, saya mau kawen!" Empty
PostSubyek: Re: "Mama, saya mau kawen!"   "Mama, saya mau kawen!" Icon_minitime

Kembali Ke Atas Go down
 
"Mama, saya mau kawen!"
Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1
 Similar topics
-
» Saya Hensem
» "COMMON SENSE" YANG TAK "COMMON"
» TOLONG AJAR SAYA HAK SEORANG DAIE YANG MURABBI
» "KETERUJAAN HAMPAGAS"

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
MFR STUDIO :: SENI :: CERPEN-
Navigasi: